RM26.4 Bilion Dibelanjakan Untuk Bekalan Elektrik Di Sabah

- Advertisement -

CYBERJAYA: Menteri Tenaga dan Sumber Asli, YB Dato’ Dr. Shamsul Nasarah berkata, sebanyak RM26.4 bilion telah dibelanjakan untuk bekalan elektrik Sabah sejak 2001 dan kemeterian komited untuk menyerahkan kuasa pembekalan elektrik kepada kerajaan negeri Sabah.

“Kerajaan pusat telah membelanjakan RM26.4 bilion bagi tempoh 2001 hingga 2018 dalam bentuk gran, pinjaman dan subsidi untuk meningkatkan kualiti bekalan elektrik di negeri Sabah, katanya.

Shamsul berkata Usaha dan inisiatif Kerajaan ini telah menunjukkan pencapaian positif di mana kadar gangguan bekalan elektrik di Sabah yang diukur melalui Indeks Purata Tempoh Gangguan (System Average Interruption Duration Indeks – SAIDI) telah mengalami penurunan yang ketara iaitu daripada 4,109 minit/pengguna/tahun yang direkodkan pada tahun 2005 kepada 205 minit/pengguna/tahun pada tahun 2019.

“Kementerian telah melaksanakan pelbagai usaha untuk membantu meningkatkan kualiti bekalan dan perkhidmatan bekalan elektrik di Sabah dengan memastikan penjanaan elektrik yang mencukupi, mengukuhkan sistem penghantaran dan pembahagian, ujarnya lagi.

Kerajaan Persekutuan terus komited untuk menyerahkan kuasa pembekalan elektrik kepada Kerajaan Negeri Sabah dan bersedia meneruskan rundingan & perbincangan dengan Kerajaan Negeri Sabah untuk merealisasikan hasrat rakyat Negeri Sabah ini katanya selepas mengadakan lawatan ke Sabah Elektrik Sdb Bhd ( SESB), dan meninjau pelaksanaan projek PMU Tanjung Lipat, Likas Kota Kinabalu.

Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli telah membentuk Jawatankuasa Khas dan Jawatankuasa Teknikal yang dianggotai oleh pelbagai pihak berkepentingan bagi membincangkan, meneliti, serta membuat pelbagai keputusan penting berkaitan perkara ini. Paling utama kepentingan rakyat diutamakan, katanya.-SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat