YBR Terima Anugerah Foundation Of The Year (Banking) 2023

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Yayasan Bank Rakyat (YBR) hari ini menerima Anugerah ‘Foundation Of The Year’ bagi kategori perbankan di Majlis Anugerah Kelestarian dan CSR Malaysia 2023.

Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata, anugerah ini adalah satu pencapaian dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat sepanjang tahun lalu.

Menurutnya ia menjadi pembakar semangat untuk YBR terus kekal membantu masyarakat Malaysia yang memerlukan bantuan tanpa mengira bangsa, kaum dan agama.

“YBR telah membelanjakan sebanyak RM28.02 juta sebagai peruntukan bantuan pendidikan dan masyarakat bagi sepanjang tahun 2022.

“Pengiktirafan ini merupakan kejayaan buat YBR kerana telah terpilih dan bersaing dengan yayasan-yayasan yang lain.

“Kami akan melipat gandakan usaha serta strategi dalam membantu meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi rakyat Malaysia melalui pembangunan pendidikan, pemerkasaan masyarakat serta bantuan penjagaan kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Syaiful menambah, penghormatan yang diberikan ini membuktikan impak positif penglibatan dan komitmen YBR dalam menyantuni mereka yang memerlukan serta menyuntik semangat untuk terus mengekalkan momentum sedia ada.

“Pengiktirafan ini diterima di atas inisiatif yang telah dijalankan oleh YBR dalam meningkatkan sosioekonomi rakyat Malaysia melalui pendidikan serta program-program kemasyarakatan yang dijalankan sepanjang tahun 2022 bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik,” katanya.

Penyerahan anugerah yang berlangsung di Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur telah disempurnakan oleh Datuk Seri Hajah Nancy Binti Haji Shukri,
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat