Pendaki Malaysia, Mohd Khafiz Berjaya Tawan Puncak Gunung K2, Puncak Kedua Tertinggi Dunia

- Advertisement -

CYBERJAYA – Sejarah tercipta untuk negara apabila Jalur Gemilang sekali lagi berkibar di puncak dunia apabila Mohd Khafiz Bachok, 45, pendaki negara kelahiran PonFan, Johor berjaya menjejakkan kakinya ke puncak Gunung K2 yang berketinggian 8,611m dari aras laut yang juga merupakan gunung kedua tertinggi di dunia tepat jam 11:52 pagi (2;52 petang waktu Malaysia).

“Alhamdulillah, sekalung tahniah buat Mohd Khafiz. Impian untuk ke puncak dunia yang disemai sejak 25 tahun yang lalu akhirnya menjadi kenyataan,” kata Pengurus ZEROTO8000, Rozaimi Mohd Said, menerusi satu kenyataan media, hari ini.

Menurut beliau, Mohd Khafiz memulakan pendakiannya dari Skardu dan mengambil masa selama 8 hari untuk sampai ke Kem Induk.

“Akibat cuaca yang Fdak berapa baik, proses rotasi bagi tujuan penyesuaian diri dengan alFtude Fnggi hanya dapat dimulakan pada 12 Julai 2023.

“Proses rotasi dibuat sehingga ke Kem 2 sebelum beliau turun semula ke Kem Induk. Pendakian sebenar hanya bermula pada 22 Julai 2023 di mana beliau sampai ke Kem 3 pada keFnggian 7,254m dari aras laut pada 25 Julai 2023.

“Pendakian ke puncak bermula pada 26 Julai 2023 pada jam 5:40pm waktu tempatan.

“Pendakian ini juga merupakan sebahagian daripada misi ZEROTO8000 yang ditubuhkan oleh Mohd Khafiz sendiri yang bertujuan memupuk semangat berdikari di kalangan rakyat Malaysia dalam mencapai impian mereka,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, Rozaimi menjelaskan ekspedisi mendaki Gunung K2 itu memakan kos hampir RM500,000 dan Mohd Khafiz menggunakan dana beliau sendiri hasil daripada penjualan barangan ZEROTO8000 seperti tshirt, topi, poskad dan lain-lain selain menganjurkan beberapa ekspedisi pendakian gunung di luar negara bagi tujuan mengumpul dana.

“Beliau dan isteri juga turut menjual rumah mereka bagi menampung sebahagian besar daripada kos keseluruhan.

“Dengan hashtag #malaysiaberdikari dan #semangatmembara, ZEROTO8000 juga menyasar untuk melahirkan lebih ramai lagi pendaki gunung dari Malaysia yang berkemahiran tinggi dan bertaraf dunia melalui Akademi ZEROTO8000 agar Malaysia terus dikenali di mata dunia dalam pelbagai bidang termasuklah bidang pendakian gunung.

“ZEROTO8000 membawa maksud perjalanan Mohd Khafiz yang bermula dari Tg. Piai Johor pada ketinggian 0m dari aras laut menuju ke Gunung K2 pada ketinggian 8,611m dari aras laut.

“Ia juga adalah simbolik kepada perjalanan beliau sendiri yang bermula tanpa sebarang dana dan sokongan, berusaha sendiri sambal dibantu oleh ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat sehinggalah beliau mempu berdiri megah di puncak dunia, puncak Gunung K2 sebentar tadi.

“Dalam usaha untuk melahirkan lebih ramai lagi pendaki negara bertaraf dunia, Mohd Khafiz sendiri telah mempersiapkan diri beliau dengan ilmu pendakian gunung alpin di mana beliau telah menjalani latihan Alpine Technical Course di New Zealand pada tahun 2014 dan mendapat pengiktirafan daripada Adventure Consultant. Pada 2015, beliau telah menghadiri laFhan Acute Mountain Sickness dan mendapat persijilan daripada Persatuan Kembara Negara dan InternaFonal Climbing & Mountaineering FederaFon,” katanya.

Untuk rekod, Gunung K2 merupakan gunung berketinggian 8,000m yang kedua didaki oleh Mohd Khafiz.

Pada tahun lepas, sebagai sebahagian daripada persiapan beliau untuk mendaki Gunung K2, Mohd Khafiz bersama seorang lagi pendaki ZEROTO8000 iaitu RJ Nagarajan, menjadi pasukan pendaki Malaysia pertama yang menjejakkan kaki ke puncak sebenar Gunung Manaslu yang bertinggian 8,163m dari aras laut, iaitu gunung ke lapan terFnggi di dunia.

Selain Gunung Manaslu, Mohd Khafiz juga telah berjaya sampai ke puncak Gunung Aconcagua (6,961m), ArgenFna (2016), Kilimanjaro (5,895m), Tanzania (2014), Cartens Pyramid (4,884m), Papua (2018), Gunung Damavand (5,610m), Iran (2010, 2012, 2016, 2019, 2021, 2022, 2023), Aylmer (3,162m), New Zealand (2012) Alam Kooh (4,850m), Iran (2019, 2021), Siguniang (5,276m), China (20142019) dan gunung-gunung lain di Taiwan, Indonesia dan Malaysia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat