Demo Rakyat Lawan Anwar Sabtu ini tak dapat kebenaran

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perhimpunan dinamakan ‘Demo Rakyat Lawan Anwar’ yang dijadual dianjurkan di Putrajaya pada petang Sabtu ini, tidak mendapat kebenaran Perbadanan Putrajaya (PPj) selaku pemilik lokasi berhimpun.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, berkata polis sudah menasihatkan penganjur tidak meneruskan perhimpunan dijadualkan di tempat letak kereta awam berhadapan Kompleks Seri Perdana, pada jam 4 petang itu kerana tidak mendapat kebenaran pemilik tanah.

“Lokasi juga tidak sesuai untuk berhimpun. Setakat ini, 85 laporan polis berkait perhimpunan ini diterima, susulan satu video tular berdurasi tiga minit 41 saat di aplikasi TikTok memaparkan diskusi mengajak orang ramai menyertai perhimpunan.

“Sehubungan itu, polis membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, pada Khamis.

Rusdi menasihatkan orang ramai untuk tidak terlibat dengan sebarang perhimpunan yang tidak mematuhi peruntukan undang-undang mengikut Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.

“Sekiranya penganjur masih berdegil meneruskan perhimpunan, polis akan menempatkan pegawai dan anggotanya bagi mengawasi situasi sepanjang perhimpunan berlangsung.

“Selain itu, polis turut mempunyai perancangan untuk mengadakan sekatan jalan raya serta meningkatkan pemantauan di kawasan berhampiran lokasi yang dirancang,” katanya, memetik BH.

Katanya, tindakan tegas akan diambil mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa dan sebarang pertanyaan atau makluman boleh berhubung dengan Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999.

“APA 2012 sememangnya memberi kebebasan kepada rakyat untuk berhimpun, namun demi keselamatan dan ketenteraman ia, ia bukan memberi hak mutlak untuk berhimpun di mana-mana lokasi,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat