AS selesai serah tiga pesawat CN-235 yang diubah suai kepada TUDM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) selesai menyerahkan tiga pesawat CN-235 kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pangkalan TUDM Subang pada Khamis.

CN-235 yang diubah suai kepada pesawat rondaan maritim (MSA) itu dipertingkatkan lagi dengan kelengkapan seperti radar pengawasan maritim yang lebih kukuh dan canggih, dilengkapi dengan kamera elektro-optik/inframerah (EO/IR) untuk membolehkan imej dan video diambil dengan resolusi yang tinggi dan juga stesen pengendali sistem gulung masuk/gulung keluar.

Pesawat ini akan ditempatkan di Skuadron 1 di Pangkalan Udara Kuching di Sarawak.

Duta Besar AS ke Malaysia, Edgard D Kagan dalam ucapannya berkata, “Dengan ketiga-tiga pesawat telah ditukar dan dimasukkan ke dalam seni bina kesedaran domain maritim keseluruhan Malaysia, kami tahu bahawa Malaysia kini lebih mampu menjaga kewaspadaan terhadap aktiviti dalam Zon Ekonomi Eksklusif dan lebih bersedia untuk kukuhkan persekitaran maritim.“

Program penukaran ini bermula pada 2018 dan berjumlah kira kira AS$60 juta (RM282 juta) di bawah inisiatif Keselamatan Maritim, yang merupakan program geran keselamatan pertama Amerika Syarikat di Malaysia.

Kerjasama keselamatan AS-Malaysia merangkumi sebelas latihan pertahanan dua hala dan lima latihan pertahanan pelbagai hala, yang merupakan latihan terbanyak Malaysia dengan mana-mana negara, yang meningkatkan kesiapsiagaan pertahanan Malaysia, menguatkan hubungan multinasional, dan menunjukkan ketegasan AS untuk menyokong Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat