Wings, Search & Butterfingers di Nusafest 2023

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Shiraz Projects Sdn Bhd hari ini mengumumkan tiga nama besar iaitu Wings, Search dan Butterfingers yang akan membuat persembahan pada festival ’Nusafest’ yang bakal diadakan di Bandar Malaysia pada 8 dan 9 Julai ini.

Penganjur Shiraz Projects Sdn Bhd, Shirazdeen Karim berkata festival yang pernah tergendala disebabkan pandemik COVID-19 dan berdepan penundaan, kini kembali dengan barisan nama-nama besar dalam industri tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura.

“Sudah lama rasanya, angin nusantara tidak disatukan dalam nada dan irama yang sejalur dan titian persahabatan ini bakal dijalinkan dalam sebuah festival muzik yang dinamakan Nusafest.

“Nusafest ingin mengumumkan, tiga nama besar dalam industri muzik tanahair aitu SEARCH, WINGS & BUTTERFINGERS sebagai ‘headliner’ di festival ini nanti,” katanya pada sidang media yang diadakan di ParkRoyal Collection Bukit Bintang, hari ini.

Jelasnya setelah sekian lama kali ini Search dan Wings akan mengadakan persembahan di satu panggung yang sama dan pastinya ia dinanti-nantikan oleh para peminat tegar mereka.

Butterfingers juga katanya akan turut serta di Nusafest setelah hampir empat tahun tidak muncul menemui peminat mereka.

“Shiraz Projects memohon maaf atas penundaan yang terdahulu dan yakin NUSA FEST kali ini akan berjalan dengan lancar dengan barisan artis-artis yang mempunyai pengikut tear dan setia.

“Pasti peminat seni muzik tidak akan melepaskan peluang untuk menyaksikan gabungan ini di satu festival.

Tambahnya lagi pada 8 dan 9 Julai ini para penonton bakal disajikan dengan muzik yang berkualiti serta barisan nama pemanggung seni yang dekat di hati peminat.

“Saya percaya bahawa dengan sokongan semua, NUSA FEST akan dapat dijayakan dengan meriah dan menepati konsep festival yang dinginkan. Dan kali ini kami kembali dengan pengumuman senarai akhir Nusafest,” katanya.

Shiraz Projects terus mengharapkan sokongan serta antusias penonton serta peminat seni untuk menyokong Nusafest sehingga ke hari persembahan itu diadakan nanti.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat