Sultan Mizan Perkenan Bubar DUN Terengganu Esok

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin hari ini memperkenan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan esok bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pembubaran DUN oleh Sultan Mizan itu diputuskan mengikut Fasal 44 (2) Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu.

“Sultan Terengganu telah mengampuni perkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Terengganu pada hari Rabu 09 Zulhijjah 1444H bersamaan 28 Jun 2023,” katanya dalam satu kenyataan di sini, petang ini.

Sebelum itu, Ahmad Samsuri menghadap Sultan Mizan bagi memohon perkenan cadangan tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada esok.

Beliau menghadap Sultan Mizan di Istana Syarqiyyah dekat Chendering, di sini, kira-kira pukul 9 pagi, hari ini

Terengganu antara enam negeri yang akan mengadakan PRN pada tahun ini selain Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah.

Pada PRU-14 lalu, Pas berjaya membentuk kerajaan negeri selepas menguasai 22 kerusi DUN manakala Barisan Nasional (BN) pula menang di 10 kerusi. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat