Guna QR Code Bayar Zakat Fitrah di Pahang Tahun Depan

- Advertisement -

KUANTAN – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) akan memperkenalkan kaedah pembayaran zakat fitrah menggunakan platform ‘QR Code’ bermula tahun hadapan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Baitulmal dan Operasi MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman berkata, seramai 934 orang amil bertauliah dilantik akan diberi taklimat dan latihan dalam usaha melancarkan cadangan itu.

Katanya, penggunaan kaedah itu bagi menjaga keselamatan duit hasil kutipan zakat berkenaan.

“Pihak kami cuba untuk menggunakan QR code ini supaya keselamatan duit kutipan zakat lebih terjamin.

“Sebelum ini pun tidak timbul masalah dengan duit yang dikutip, tidak ada pun kita terima laporan berkaitan kehilangan atau sebagainya.

“Cuma kita bercadang tingkatkan dan tambah pilihan cara pembayaran kerana kita merasakan perlu mengikut peredaran zaman, di tempat lain pun sudah pun menggunakan cara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada selepas Majlis Anugerah Khidmat Setia Amil Negeri Pahang di sini, hari ini.

Anugerah julung kali diadakan itu bagi menghargai jasa 35 amil zakat di Pahang yang sudah berkhidmat antara 30 hingga 45 tahun.

Penerima anugerah itu, masing-masing menerima sijil penghargaan, plak dan wang tunai berjumlah RM1,000.

Mengulas lanjut, Dr Asmadi berkata, amil di negeri ini juga akan diperluaskan peranannya dalam membantu pihak MUIP.

Katanya, mereka juga akan membantu mengenalpasti golongan fakir di negeri ini supaya tidak ada keciciran dalam proses pengagihan bantuan.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat