Festival Sound Circus Janjikan Kelainan

- Advertisement -

Ini merupakan tahun ke 6 penganjuran Sound Circus di dalam kalender Art Of Speed dan pastinya banyak pembaharuan akan dilakukan demi menjaga kualiti serta jenama Sound Circus itu sendiri.

Bagi meraikan tahun ke-12 penubuhan Art Of Speed Malaysia (AOSM), bersama-sama pengeluar produk peranti elektronik, BRO Asia, dan jenama motosikal terkenal, Harley-Davidson, sebuah festival muzik terbesar tahunan tanah air ‘SoundCircus Festival 2023’ bakal diadakan pada 29 Julai  ini bertempat di MAEPS, Serdang.

“Disebabkan sambutan luar dugaan sewaktu Sound Circus Weekender tempoh hari dengan kehadiran lebih 2,000 penonton, AOSM berpendapat bahawa acara tersebut wajar dilanjutkan pada bulan Julai ini di lokasi lebih besar sebagaimana yang pernah diadakan sebelum ini, bersempena dengan ulang tahun ke-12 pertunjukan AOSM yang diadakan saban tahun,” jelas En. Asep Ahmad Iskandar, Ketua Pengarah Eksekutif & Pengasas, AOSM & SoundCircus.

“Sound Circus Festival 2023 merupakan festival muzik yang memberi tumpuan khusus pada genre rock punk rock dan ska yang pertama seumpamanya di Malaysia dengan kualiti produksi setaraf festival muzik antarabangsa bagi memastkan peminat dapat berhibur dalam suasana yang selamat”, ujarnya lagi ketika ditemui media sewaktu pelancaran Sound Circus 2023 yang di adakan di Kuala Lumpur pada 27 Jun lalu.

“Selain itu, melalui penajaan langsung dari syarikat yang berpangkalan di luar negara, harga tiket dapat dikurangkan tanpa menjejaskan kualiti festival serta membuka peluang buat pemuzik tempatan untuk beraksi di luar negara”.

Tambah En. Asep, “Bagi memeriahkan lagi SoundCircus Festival 2023 pada kali ini, kami akan mengetengahkan 5 band tempatan yang akan bertarung dalam sebuah segmen khas Harley-Davidson ‘Battle Of The Bands’ untuk memenangi hadiah berupa pakej ke luar negara bagi membuat persembahan di festival yang bakal di anjurkan oleh Harley Davidson pada hujung tahun ini.

“Istimewanya festival muzik SoundCircus Festival 2023 pada tahun ini adalah sistem visual audio yang lebih mantap dari sebelumnya dengan kemunculan khas band Superman Is Dead dari Bali, Indonesia”, ujarnya.

Harley-Davidson turut terbabit dalam penganjuran Sound Circus Festival 2023, di mana mereka turut menganjur acara berkaitan muzik seperti Asia Harley Days di Thailand dan Harley-Davidson ‘Homecoming’ di Amerika Syarikat dengan teraju utama seperti Foo Fighters dan Green Day yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

BRO Asia sekali lagi dijemput menjadi rakan penganjur untuk SoundCircus Festival 2023, sekaligus dapat memperkenalkan jenama mereka kepada pengunjung serta peminat festival muzik ini.

Menurut En. Roman Lai, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif BRO Asia, “Kami sangat berbangga dan teruja menerima pelawaan AOSM sekali lagi untuk bersama-sama menjayakan festival muzik yang berskala besar ini, sejajar dengan hala tuju jenama kami.

Barisan pemuzik dan band yang bakal beraksi adalah seperti Superman Is Dead (Bali), No Good, Plague Of Happiness, MC16, Skudap Skudip, Dum Dum Tak, Krusty, Restraint, Naratu dan Armpunk Syndicate.

“Istimewanya festival muzik SoundCircus Festival 2023 pada tahun ini adalah sistem visual audio yang lebih mantap dari sebelumnya dengan kemunculan khas band Superman Is Dead

Bagi mereka yang berminat untuk menyaksikan festival SoundCircus Festival 2023, tiket-tiket dijual pada harga RM120 (Festival Ticket), RM135 (All-Access), RM360/4 pax (Group Buy), RM35 (Exhibition Ticket) dan RM60 (Fastlane) di laman web www.artofspeedmy.com.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat