DUN P.Pinang dibubar esok – Ketua Menteri

- Advertisement -

Terdahulu, Chow tiba di Seri Mutiara, di sini pada 7.55 pagi untuk menghadap Tun Ahmad Fuzi bagi memohon persetujuan untuk pembubaran DUN Pulau Pinang.

Chow yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang dijadual akan mengadakan sidang media yang turut dihadiri semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada 2.30 petang ini.

Persidangan DUN Pulau Pinang yang pertama diadakan pada 1 Ogos 2018, selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei 2018 dan mandat lima tahun sepatutnya berakhir 2 Ogos ini.

Pada PRU14, PH memenangi 37 daripada keseluruhan 40 kerusi, termasuk dua daripada calon Bersatu yang ketika itu masih bersama PH, manakala Barisan Nasional (BN) memenangi dua kerusi dan PAS (satu).

Pada Feb 2020, Bersatu mengumumkan keluar daripada PH dan menyertai Perikatan Nasional (PN) yang menyebabkan dua ADUN Bersatu Pulau Pinang, ADUN Bertam Khaliq Mehtab Mohd Ishaq dan ADUN Teluk Bahang Zolkifli Md Lazim, menarik balik sokongan mereka terhadap pentadbiran kerajaan negeri di bawah PH.

Sementara pergolakan dalam parti PKR turut menyaksikan dua ADUN dari parti itu dipecat iaitu ADUN Seberang Jaya Dr Afif Bahardin dan ADUN Sungai Acheh Zulkifli Ibrahim.

Kedudukan terkini kerusi sebelum DUN Pulau Pinang dibubarkan ialah PH memiliki 33 kerusi, BN (dua), Bersatu (empat) dan PAS satu kerusi.

— BERNAMA

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat