Dituduh Amal Ilmu Hitam : Rosmah Menang Saman Fitnah

- Advertisement -

CYBERJAYA – Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan berhubung jumlah pampasan yang perlu dibayar kepada Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes saman fitnah terhadap seorang pengguna TikTok, pada 8 Julai 2025.

Keputusan itu bakal menyusul selepas Rosmah, isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, berjaya mendapatkan penghakiman ingkar ke atas defendan, Ku Muhammad Hilmie Ku Din, 35 tahun, yang sebelum ini gagal mengemukakan kehadiran dalam prosiding mahkamah selepas disaman pada 28 Mei tahun lalu.

Prosiding taksiran ganti rugi dijalankan melalui sesi video dalam talian yang dipengerusikan oleh Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh, dan tarikh keputusan ditetapkan selepas mahkamah mendengar hujahan kedua-dua pihak.

Peguam Rosmah, Datuk Abu Bakar Isa Ramat, memaklumkan bahawa mahkamah turut membangkitkan isu berkaitan undang-undang, yang mendorong pasukan peguam plaintif memohon masa tambahan untuk mengemukakan hujahan bertulis. Hujahan tersebut mesti difailkan dalam masa dua minggu.

Tindakan undang-undang itu berpunca daripada satu video yang dimuat naik di TikTok pada 22 Mac 2023, yang didakwa mengandungi kenyataan fitnah berunsur tuduhan mengamalkan ilmu hitam dan perbuatan syirik, yang menurut Rosmah mencemarkan reputasinya sebagai tokoh masyarakat dan penaung pelbagai badan kebajikan.

Dalam tuntutannya, Rosmah memohon pampasan dalam bentuk ganti rugi am, teruk, teladan, serta sebarang perintah lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat