Malaysia bangga terajui Deklarasi Kuala Lumpur, bina ASEAN lebih berdaya tahan berpaksi rakyat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Deklarasi Kuala Lumpur membawa hala tuju baharu ASEAN pasca 2025, merangkumi empat tonggak utama iaitu politik-keselamatan, ekonomi, sosio-budaya dan keterhubungan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia berbangga menerajui Deklarasi Kuala Lumpur mengenai ASEAN 2045: Masa Depan Bersama Kita, satu dokumen penting yang menandakan iltizam seluruh rantau untuk membina ASEAN yang lebih berdaya tahan, inovatif, dinamik dan berpaksikan rakyat.

“Ia menekankan pertumbuhan adil, penyertaan yang terangkum serta kesiapsiagaan menghadapi cabaran masa depan seperti perubahan iklim, kemajuan teknologi dan tekanan geopolitik.

“Di bawah kepimpinan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025, kita tampil dengan wawasan yang bukan sahaja menyatukan rantau ini, malah meletakkan ASEAN sebagai pemacu utama perubahan global berlandaskan nilai dan kekuatan serantau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat