Aidiladha Disambut 7 Jun Ini – Majlis Raja-Raja

- Advertisement -

CYBERJAYA – Umat Islam di seluruh Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada Sabtu, 7 Jun 2025, menurut pengisytiharan rasmi Majlis Raja-Raja yang disampaikan malam ini.

Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Datuk Mohd Aseral Jusman, dalam pengumuman yang disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM), menyatakan bahawa 1 Zulhijjah 1446 Hijrah ditetapkan jatuh pada Khamis, 29 Mei 2025.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dengan ini mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijjah 1446H ialah pada 29 Mei 2025,” katanya.

Sehubungan itu, Hari Raya Korban atau Aidiladha ditetapkan pada 7 Jun 2025 bagi semua negeri di Malaysia.

Aidiladha, yang juga dikenali sebagai Hari Raya Korban, merupakan perayaan kedua terbesar dalam Islam selepas Aidilfitri, dan menandakan kemuncak ibadah haji di Mekah serta amalan korban bagi umat Islam di seluruh dunia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat