HAWANA 2024 meriah di bumi kenyalang

- Advertisement -

KUCHING – Hampir 1,000 pengamal media, wakil persatuan wartawan tempatan dan dari negara anggota ASEAN berhimpun selama tiga hari di Kuching, Sarawak.

Program yang bermula pada 25 Mei 2024 itu sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 anjuran Kementerian Komunikasi dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) sebagai agensi pelaksana.

HAWANA 2024 yang bertemakan “Etika Teras Kewartawanan Mapan” dirasmikan hari ini oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan kehadiran Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg.

Pada majlis yang sama, YAB Perdana Menteri turut menyampaikan amanat dan Anugerah Apresiasi Khas Premier Sarawak, selain menyampaikan Anugerah HAWANA 2024 serta sumbangan Tabung Kasih@HAWANA.

Sejak dilancarkan tahun lalu, Tabung Kasih@HAWANA menyalurkan sumbangan kepada 100 wartawan serta petugas media seluruh negara sama ada yang masih berkhidmat mahupun yang telah bersara, sebagai manifestasi keprihatinan dan sokongan Kementerian Komunikasi serta komuniti media kepada rakan-rakan seperjuangan yang memerlukan bantuan.

Buat julung-julung kalinya HAWANA 2024 turut menganjurkan program Jelajah HAWANA 2024 bersama Siswa yang dirasmikan Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil pada 25 Mei 2024 di Pustaka Negeri Sarawak bagi mendedahkan mahasiswa dan mahasiswi mengenai industri media.

Turut diadakan, Persidangan Media Sarawak (SMEC) 2024 bertemakan “Evolusi Media dalam Era Digital” dan Pameran HAWANA 2024 di Atrium Utama Plaza Merdeka Shopping Centre pada 25 hingga 27 Mei 2024.

Tarikh 29 Mei diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional sempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939 bagi meraikan sumbangan pemain industri yang menjadi medium bagi membentuk minda masyarakat bermaklumat dalam memupuk kerjasama dan memacu perubahan positif dalam industri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat