Pentadbir Akaun Facebook HuaYan The Pureland Learning Centre Dipanggil untuk Bantu Siasatan – MCMC

CYBERJAYA,– Seorang pentadbir akaun Facebook HuaYan The Pureland Learning Centre telah dipanggil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini bagi membantu siasatan berhubung penyebaran kandungan jelik melampau melibatkan Institusi Diraja.

MCMC dalam satu kenyataan memaklumkan, tindakan itu diambil susulan kes memuat naik kandungan berunsur 3R yang menyentuh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Rakaman percakapan individu berkenaan telah dijalankan di Ibu Pejabat MCMC di Cyberjaya dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut MCMC, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Dalam masa sama, pihak PDRM menjalankan siasatan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya manakala Seksyen 504 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman denda atau dipenjarakan selama tempoh dua (2) tahun atau kedua-duanya sekali.

MCMC menegaskan bahawa pihaknya memandang serius penyebaran kandungan jelik melampau terhadap Institusi Diraja kerana ia boleh menjejaskan keyakinan awam serta menggugat keharmonian dan ketenteraman masyarakat.

Sehubungan itu, orang ramai diingatkan agar menggunakan media sosial secara beretika dan bertanggungjawab. Sebarang kandungan berunsur hasutan, fitnah atau penghinaan, khususnya melibatkan Institusi Diraja, akan dikenakan tindakan tegas mengikut undang-undang.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat