Op Hari Raya: JPJ pantau lebih 13 ‘hotspot’ di Pahang

- Advertisement -

KUANTAN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memantau lebih 13 kawasan ‘hotspot’ di seluruh Pahang menerusi Op Hari Raya (Op HRA) 2022 yang akan bermula pada Jumaat hingga 8 Mei ini.

Pengarah JPJ Pahang Kamarul Iskandar Nordin berkata penguatkuasaan itu meliputi laluan utama negeri dan lebuh raya antara lain bertujuan mengurangkan kadar kemalangan dan kematian akibat kemalangan pada musim perayaan.

Antara jalan terlibat ialah Lebuhraya Pantai Timur (LPT1), Jalan Kuantan-Kemaman, Jalan Kuantan-Gambang, Jalan Kuantan-Pekan, Jalan Kuantan-Temerloh-Karak (Jalan Lama), Jalan Temerloh-Jerantut dan Jalan Bentong-Raub-Lipis-Central Spine Road (CSR) Merapoh.

Selain itu, Jalan Kuantan-Segamat, Jalan Simpang Jengka-Bandar Pusat Jengka, Jalan Tanah Rata-Sempadan Cameron Highlands Tapah, Jalan Paloh Inai-Bandar Pekan, Jalan Bukit Ibam-Muadzam Shah-Rompin dan Jalan Bahau-Keratong juga akan dipantau.

“Kita akan lakukan rondaan di kawasan terbabit selain Op Khas Motosikal juga akan diadakan dengan penguatkuasaan lebih tegas ke atas kesalahan antaranya tidak mematuhi isyarat lalu lintas lampu merah, menggunakan telefon bimbit, memandu lebih had laju, memandu di lorong kecemasan dan memotong barisan,” katanya.

eliau berkata demikian ketika ditemui pemberita ketika Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Op HRA di Terminal Sentral Kuantan di sini, hari ini.

Selain penyamaran sebagai penumpang bas, penguatkuasaan di Terminal Sentral Kuantan, Terminal Temerloh dan Terminal Genting turut akan dilaksanakan sepanjang tempoh operasi berkenaan dengan fokus utama akan melibatkan pemeriksaan teknikal seperti brek, tayar, lampu isyarat dan dokumen kenderaan.

Menurut beliau, seramai 325 warga JPJ negeri akan terlibat sepanjang operasi yang turut mendapat kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang akan memantau integriti anggota bertugas.

— BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat