Kampungku daripada Miss Universe Malaysia 2020

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Kostum Kampungku bakal dibawa Miss Universe Malaysia 2020, Francisca Luhong James, ke pentas ratu cantik nombor satu dunia, Miss Universe 2020 yang berlangsung pada 16 Mei ini di Florida, Amerika Syarikat (AS).

Kostum rekaan Carven Ong itu berkonsepkan kemeriahan suasana kampung yang cukup dekat di hati masyarakat Malaysia.

Kostum seberat 45 kilogram itu mengambil masa tiga bulan untuk disiapkan. Ia dibuat menyerupai landskap rumah tradisional kampung dengan elemen penuh nostalgia.

Ia termasuk replika ayam, pokok kelapa, basikal tua dan turut memiliki elemen kejutan. Dari segi material pula, dua gaun bakal disarung Francisca untuk kostum itu. Gaun pertama berwarna hitam putih dengan motif pua dari Sarawak, manakala gaun keduanya berona keemasan dengan sarung kepala replika anak patung rekaan Wesley Hilton.

Pertandingan kostum semestinya segmen terpenting dalam keseluruhan penganjuran Miss Universe.

Tahun sebelumnya, kostum makanan kaum Peranakan dipertandingkan Miss Universe Malaysia 2019, Shweta Sekhon.

Ia mencetuskan kontroversi apabila diumumkan menang kostum terbaik namun bertahan empat jam sahaja. Organisasi Miss Universe membetulkan kembali keputusan itu dan mengesahkan kostum Filipina adalah pemenang sebenar.

Terdahulu, antara kostum yang pernah dipertandingkan di acara itu termasuk Menara Berkembar KLCC, Nasi Lemak, Perahu Bangau, Dewi Kenyalang dan banyak lagi.

Pada pengumuman kostum terbabit hari ini, turut dipersembahkan adalah gaun malam rasmi rekaan Rizman Ruzaini yang akan digayakan Francisca nanti.

Gadis keturunan Dayak kelahiran Kuching, Sarawak itu dinobatkan pemenang Miss Universe Malaysia 2020 pada September tahun lalu. Francisca mencipta sejarah menjadi gadis pribumi asli pertama menang gelaran terbabit.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat