Rohingya: Zahid Persoal Ke Mana Dana USD 50 Juta Sumbangan Qatar

Pemimpin PKR Gesa UMNO Kerjasama Dengan PH

KUALA LUMPUR – Penjajaran politik baharu yang melibatkan Pakatan Harapan (PH) dan UMNO wajar dibincangkan oleh kedua-dua pihak meskipun terdapat penyokong kedua-dua parti kurang...

Pemandu Pelancong, Teksi dan Bas Terima Bantuan Kewangan RM500

KUALA LUMPUR - Pemandu pelancong, teksi dan bas akan menerima bantuan kewangan sekali beri sebanyak RM500 melibatkan peruntukan tambahan RM66 juta di bawah pakej...

Beberapa Individu Bakal Ditahan Bantu Siasatan Isu Kartel Daging – SPRM

PUTRAJAYA - Beberapa lagi individu bakal ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung isu kartel daging sejuk beku. SPRM dalam kenyataannya berkata, sejak...

MINDEF Terima Sumbangan RM200,000 Bantuan Persekolahan Anak Anggota Tentera

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan (Mindef) menerima sumbangan RM180,000 daripada Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga) dan RM20,000 Zakat Wakalah daripada Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah Persekutuan...

i-Sinar Kategori 2 Terima Bayaran Interim Sehingga RM1,000 Mulai 26 Januari – KWSP

KUALA LUMPUR - Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memohon kemudahan i-Sinar bagi Kategori 2 akan menerima pembayaran interim sehingga RM1,000 daripada jumlah...

1. Saya terpanggil untuk mengulas mengenai isu pelarian Rohingya yang kononnya membuat pelbagai tuntutan, termasuk mendapatkan taraf kewarganegaraan Malaysia.

2. Ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, kerajaan pimpinan Barisan Nasional mengambil pendirian bahawa segala bantuan dan sokongan yang disalurkan kepada Rohingya adalah di atas sifat perikemanusiaan. Seperti banyak negara lain serta PBB, pelarian Rohingya mesti dibela daripada pemusnahan etnik oleh rejim Myanmar.

3. Saya sendiri pernah meninjau keadaan ratusan ribu pelarian di Cox Bazaar, Bangladesh dengan mengarahkan pembinaan sebuah hospital medan bernilai RM3.5 juta dibina di kem pelarian Kutupalong bagi memberi rawatan kesihatan kepada pelarian Rohingya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/10/338065/rm35-juta-bina-hospital-di-kutupalong

4. Bekalan makanan dan peralatan bernilai RM4 juta juga telah disalurkan kerajaan Malaysia ketika itu kepada pelarian Rohingya di sempadan Bangladesh. Misi bantuan tersebut adalah hasil sumbangan kerajaan dengan kerjasama beberapa syarikat penerbangan yang membantu membawa barangan itu.

https://www.google.com/amp/s/www.hmetro.com.my/node/261640/amp

5. Mereka benar-benar perlukan pembelaan dan ia tidak bermakna Kerajaan Malaysia ketika itu mahu mencampuri hal-ehwal dalam negeri Myanmar. Malah, Datuk Sri Najib Tun Razak menegaskan Perhimpunan Solidariti Ummah Rohingya yang diadakan di Stadium Mini Titiwangsa bukanlah untuk menganggu hal-ehwal Myanmar.

https://m.malaysiakini.com/news/365120

6. Kerajaan juga berpendirian bahawa mereka dibenarkan bekerja di beberapa industri terpilih sebagai persediaan ditempatkan di negara-negara ketiga. Oleh kerana pelarian UNHCR tidak ada hak terhadap pelajaran, pekerjaan dan perniagaan, kerajaan ketika itu mengambil pendekatan yang terkehadapan bagi membolehkan pelarian ini menyara keluarga sendiri dan bagi mengelakkan krisis ke atas rakyat Malaysia di mana mereka ditempatkan. Inisiatif membenarkan etnik Rohingya bekerja, secara tidak langsung dapat menangani isu-isu pemerdagangan orang, dengan lebih berkesan.

https://m.malaysiakini.com/news/371197

7. Pada 2017 Kerajaan Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Qatar melalui Qatar menerusi Qatar Development Fund (QDF) bersetuju memberi penajaan Dana terhadap tiga projek tumpuan iaitu memberi latihan kemahiran dalam sektor perladangan dan perkilangan; mengendalikan prasekolah dan sekolah rendah bagi anak-anak Rohingya dan skim perlindungan insuran untuk rawatan dan perubatan.

8. Qatar juga meminta Malaysia menyediakan satu pelan perlindungan insurans menerusi sebuah syarikat insurans bagi memastikan pelarian Rohingya itu mendapat rawatan perubatan yang terbaik. QDF akan membiayai bayaran premium insurans itu dan kemudahan itu hanya khas kepada pelarian Rohingya yang berlindung di Malaysia.

https://www.google.com/amp/www.astroawani.com/berita-dunia/qatar-beri-dana-khas-bantu-pelarian-rohingya-di-malaysia-131526%3famp=1

9. Pendekatan ini disambut baik bukan sahaja oleh mereka tetapi di kalangan negara-negara yang terkesan dengan kebanjiran mereka.

10. Bagaimanapun, seperti mana dasar terhadap orang asing yang mencari kerja di Malaysia, sama ada yang bekerja secara sah atau sebaliknya, mereka tidak boleh memohon kerakyatan. Bermakna, mereka mesti pulang ke negara asal apabila tempoh kerja mereka tamat.

11. Malahan perjalanan sekolah anak Rohingya hendaklah mengikut silibus sistem pendidikan Myanmar sekarang dengan tujuan apabila konflik yang berlaku di negara itu tamat, anak-anak ini dapat melanjutkan pelajaran menggunakan silibus sama apabila pulang ke sana.

12. Begitu juga dengan status pelarian Rohingya dan ‘orang hanyut’ lain. Mereka akan berada di sini bagi tempoh tertentu dan diberikan pelbagai bantuan kemanusiaan, sebelum dihantar ke negara ketiga atau kembali ke negara asal. Saya percaya dasar ini masih kekal.

13. Laporan yang viral mengenai Rohingya membuat pelbagai tuntutan kepada kerajaan, menarik banyak perhatian. Tentunya kita telah dan akan membantu mereka di atas dasar kemanusiaan. Itu sahaja. Mereka harus menghormati undang-undang dan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Kerajaan mesti bertegas dalam hal ini serta selesaikannya secara baik dan berdiplomatik.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Presiden UMNO/Pengerusi BN
Bekas TPM/Menteri KDN

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Keluar Wang i-Sinar, lelaki bina 11 bonggol atas jalan

Lelaki bina 11 bonggol atas jalan mohon maaf Besut: Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di...

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Hujan lebat ubah struktur tanah akibatkan paip patah -Ranhill SAJ

JOHOR BAHRU- Kejadian hujan lebat secara berterusan sejak seminggu lalu telah menyebabkan perubahan struktur tanah di kawasan tangki Bukit Kempas 2 dan menyumbang kepada...

Berita Berkaitan

“Bakti Disemai Bukti Dituai” Felda Sebuah Legasi Tun Razak

Oleh: Zahari Affendi bin Abdul Kadir "Kelebihan dan keuntungan menjadi Generasi Felda". Semasa saya menyambung pelajaran di peringkat Sarjana dahulu, salah satu tajuk kajian saya adalah...

Henti hangatkan isu kartel daging haram

Oleh: RAMLY HASSAN ISU kartel daging haram menjadi topik hangat perbincangan masyarakat ketika ini. Bukan sahaja ia diperkatakan oleh jabatan netizen sebaliknya, isu tersebut kini...

Ahli UMNO Dicuri Parti Lain?

Oleh: Ahmad Soffian Bin Mohd Shariff Baru-baru ini Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dr Asyraf Wajdi telah mengeluarkan satu kenyataan yang mengatakan bahawa terdapat usaha yang...