Pemuda GRS kecam Filipina tuntut semula Sabah gara-gara kaya sumber minyak

KUALA LUMPUR – Pemuda Gagasan Rakyat Sabah (GRS) mengecam sekeras-kerasnya kenyataan oleh Senator Robin Padilla yang menggesa agar tuntutan Filipina ke atas Sabah dihidupkan semula.

Pemangku Ketua Pemuda Gagasan Rakyat Azrul Ibrahim menegaskan, kenyataan Robin Padilla jelas tidak bertanggungjawab dan bercanggah dengan prinsip kedaulatan serta undang-undang antarabangsa.

“Kami ingin menegaskan bahawa Sabah adalah sebahagian daripada Malaysia yang berdaulat dan kedudukannya tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana pihak.

“Cuba mengaitkan Sabah dengan isu sumber minyak dan tenaga sebagai alasan untuk menghidupkan tuntutan lapuk adalah tidak berasas dan jelas bertujuan mengalih perhatian daripada krisis dalaman yang berlaku.

“Sabah bukan komoditi untuk menyelesaikan masalah negara lain. Kami menggesa Kementerian Luar membuat bantahan rasmi terhadap kenyataan tersebut, sementara Kerajaan Persekutuan perlu terus memantau isu ini agar kedaulatan negara terus terpelihara,” seru Azrul dalam kenyataan media pada Jumaat.

Susulan itu, beliau menyeru rakyat Sabah agar kekal tenang, bersatu, dan tidak terpengaruh dengan kenyataan luar yang boleh menimbulkan kekeliruan.

“Pemuda Gagasan Rakyat akan terus berdiri teguh mempertahankan negeri ini,” tegasnya.

Terdahulu, Senator Filipina Robin Padilla, menggesa Presiden Ferdinand Marcos Jr. untuk menghidupkan semula tuntutan negara itu ke atas Sabah, wilayah kaya sumber minyak yang terletak di Pulau Borneo.

Dalam kenyataan di Facebook pada Rabu, Padilla berkata sudah tiba masanya Manila bertindak tegas bagi ‘menuntut hak’ yang didakwanya milik Filipina, termasuk menghantar wakil rasmi ke kawasan berkenaan.

“Presiden, sekarang adalah masa untuk kita menghidupkan semula tuntutan sah ke atas Sabah.

“Kita mesti bertindak dan menghantar utusan. Borneo Utara sudah pun kaya dengan sumber minyak,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat