Pameran ‘Koleksi Tetap : Cinta Buatan Malaysia 79–89’ di Balai Seni Negara sehingga Dis 2028

Oleh Zihan Zari

KUALA LUMPUR – Balai Seni Negara dengan sukacitanya mempersembahkan Pameran
‘Koleksi Tetap: Cinta Buatan Malaysia 79–89’ yang sedang berlangsung sehingga Dis 2028 di Galeri Tun Razak, Balai Seni Negara, dekat sini.

Balai Seni Negara dalam kenyataan berkata
pameran ini menampilkan karya-karya terpilih daripada koleksi tetap Balai Seni Negara serta koleksi pinjaman pengumpul seni dan budaya visual.

“Pameran ini menelusuri fenomena semasa di
Malaysia pada era 1979 hingga 1989, di mana aktiviti seni secara visual, filem, muzik, dan sastera menjadi inti pati budaya yang membentuk gaya hidup, pemikiran masyarakat, serta memberi impak kepada ekonomi negara.

“Pameran ini dibahagikan kepada tujuh segmen utama iaitu Bakat Muda Sezaman
(BMS), filem, perintis dan peneraju semangat zaman, ASEAN, sukan, mural Ibrahim Hussein, serta lokasi dan tempat pembangunan seni budaya.

“Sebanyak 85 karya dipamerkan, yang menggambarkan kreativiti dan semangat zaman pada era tersebut, ”kata kenyataan itu.

Katanya, menerusi pameran ini, Balai Seni Negara membawakan pengalaman unik yang
menghubungkan seni dan budaya visual dalam ruang galeri, sekali gus memberikan
pemahaman mendalam terhadap naratif sejarah dan evolusi seni visual Malaysia.

“Selain itu, pameran ini turut menjadi sebahagian daripada inisiatif mengangkat seni dan budaya negara sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026), ”katanya lagi.

Orang ramai dijemput hadir ke pameran ini di Balai Seni Negara bagi menyaksikan karya-karya yang mencerminkan kreativiti dan semangat seni Malaysia, serta menghayati perkembangan seni dan budaya negara pada era 1979.

Untuk maklumat lanjut mengenai program atau pameran yang dianjurkan oleh Balai Seni
Negara, sila layari www.artgallery.gov.my atau ikuti saluran media sosial rasmi Balai
Seni Negara.-SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat