Bina kuil sebelah masjid, risiko cetus ketegangan agama dan kemusnahan – Dr Maza

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Konflik ketegangan antara agama dikhuatiri bakal berulang sekiranya kuil dibina bersebelahan masjid, kata Mufti Perlis Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.

Dr Maza mengimbau kemelut ketegangan antara agama yang pernag berlaku di Pulau Pinang sebelum ini impak daripada pembinaan kuil dan masjid dalam jarak dekat.

“Dahulu, ketegangan Kampung Rawa berpunca daripada kuil yang dibina bersebelahan masjid sehingga mencetuskan kekacauan dan pergaduhan antara agama.

“Jangan cuba cadangkan satu penyelesaian yang bakal membawa ketegangan bahkan kemusnahan yang tidak akan berkesudahan,” nasihat beliau.

Menyorot sejarah pada ketika itu, insiden pergaduhan terjadi di antara satu kumpulan dari sebuah masjid dan satu kumpulan dari kuil Hindu Raja-Raja Maduraiveeran yang terletak bersebelahan di Jalan Patani, Jelutong, Pulau Pinang.

Selasa lalu, media melaporkan isu berhubung tapak kuil itu selesai apabila pihak pengurusan kuil berkenaan bersetuju untuk rumah ibadat itu dipindahkan ke lokasi baharu.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, hasil rundingan antara pelbagai pihak termasuk pengurusan kuil, kerajaan telah mengenal pasti tapak baharu berkeluasan 4,000 kaki persegi, yang terletak kira-kira 50 meter dari lokasi asal bagi tujuan penempatan semula kuil berkenaan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat