“Bapa saya adalah suspek utama SPRM”- anak Tun M

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad adalah sasaran sebenar siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mereka, dakwa kata dua anak lelaki bekas Perdana Menteri itu.

“Bapa saya adalah suspek utama.

“Kami ada tanya, ‘bapa saya disiasat berkenaan apa?’ dan mereka tidak dapat memberikan maklumatnya kepada kami.

“Bolehkah anda bayangkan, anda diminta untuk berikan maklumat untuk digunakan bagi mendakwa bapa anda?” kata Tan Sri Mokhzani Mahathir dalam wawancara bersama Bloomberg minggu lalu, petik Malaysiakini.

Pada Januari lalu, SPRM mengarahkan Mokhzani dan abangnya, Mirzan untuk mengisytiharkan harta mereka sejak 1981, tahun yang sama Mahathir menjadi perdana menteri.

Kedua-duanya memang dikenali sebagai ahli perniagaan dan dikatakan memiliki kekayaan yang besar.

SPRM menyatakan siasatan dibuat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan. Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Suruhanjaya itu menyatakan siasatan dimulakan pada Ogos 2022 terhadap semua entiti yang disebut dalam laporan Kertas Pandora dan Kertas Panama.

Pada masa itu, SPRM menjelaskan arahan itu adalah sebahagian daripada siasatan terhadap rekod perniagaan di luar pesisir yang didedahkan sebuah konsortium kewartawanan, namun tidak menyatakan yang Mahathir adalah sasaran utama.

SPRM menetapkan Februari lalu sebagai tarikh akhir untuk Mirzan dan Mokhzani membuat pengisytiharan, namun mereka memaklumkan diberi lanjutan sebayak dua kali.

Namun, kata mereka lagi, usaha untuk menyediakan rekod kewangan sejak era sebelum digital tetap sesuatu yang sukar.

Sejak sekian lama Mahathir menegaskan kekayaan anak-anaknya adalah hasil kerja keras mereka dan tiada kaitan dengannya.

Dia juga mendakwa kerajaan menggunakan SPRM untuk membuat siasatan bermotif politik terhadapnya dan keluarganya.

Bagaimanapun, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki enggan mengulas dakwaan dua anak Dr Mahathir itu kononnya bapa mereka adalah sasaran sebenar siasatan SPRM berhubung kewangan mereka.

“Biar saya semak fakta dahulu, baru kami beritahu kamu (media),” katanya ringkas.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat