Kit Siang Desak Hadi Tarik Balik Tuduhan DAP Promosi Islamofobia, Sedia Memaafkan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Veteran DAP, Lim Kit Siang membuat gesaan sekali lagi kepada Presideb PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang supaya menarik balik tuduhan yang dilemparkan kepada DAP kononnya parti itu mempromosikan Islamofobia.

Kit Siang malah berkata, sekiranya Hadi tampil menarik balik tuduhan itu, beliau sedia memaafkan.

“Hadi telah membuat tuduhan liar dan tidak berasas selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kononnya DAP mempromosikan Islamofobia. Dia patut tarik semula tuduhan ini dan saya akan memaafkannya.

“Hadi adalah Presiden PAS yang paling lama berkhidmat, selama lebih dari 20 tahun, berbanding dengan Presiden-presiden PAS sebelum ini, Burhanuddin al-Helmy, Asri Muda, dan Fadzil Noor yang masing-masing berkhidmat selama 13 tahun.

“Dia mungkin Presiden PAS yang pertama yang menggunakan penipuan, fitnah, dan berita palsu untuk mengejar kepentingan politiknya.

“Walaupun empat bulan telah berlalu sejak dari tuduhan liar dan tidak berasas dibuat Hadi, mengatakan DAP kononnya mempromosikan Islamofobia, dia masih gagal memberikan sebarang bukti dan pada masa yang sama masih enggan untuk menarik semula tuduhan ini,” tegas Kit Siang dalam kenyataan pada Isnin.

Tambah beliau lagi, para pemimpin dan ahli Parlimen PAS tidak akan dapat menyahut terhadap seruan Raja-raja dan rakyat Malaysia supaya suhu unsur perkauman dan keagamaan dalam arena politik negara dapat dikurangkan sehingga Presiden PAS berhenti menggunakan penipuan, fitnah, dan berita palsu untuk kepentingan politiknya.

Kata Kit Siang lagi,Sultan dari pelbagai negeri, begitu juga dengan rakyat Malaysia secara amnya, telah meminta ahli-ahli politik untuk menurunkan suhu unsur-unsur perkauman dan keagamaan dalam arena politik negara. Tetapi para pemimpin dan Ahli-ahli Parlimen PAS tidak mampu untuk menyahut seruan ini melainkan Presiden PAS, Hadi Awang, berhenti menggunakan penipuan, fitnah, dan berita palsu untuk mengejar kepentingan politiknya.

“Dalam satu hantaran Facebook pada Khamis lepas yang menyasarkan saya, Hadi bercakap mengenai keadilan dan perjuangan melawan rasuah.

“Tetapi, adakah Hadi benar-benar memahami makna sebenar keadilan dan rasuah sedangkan dia sendiri menggunakan penipuan, fitnah, dan berita palsu untuk mengejar kepentingan politiknya sendiri? soal beliau.

Kit Siang turut mengimbau sejarah, katanya sekiranya DAP mempromosikan Islamofobia, beliau tidak akan bangkit membela PAS di Parlimen pada 8 November 1978 apabila kerajaan persekutuan Barisan Nasional ketika itu mengisytiharkan darurat di Kelantan dan mengambil alih kerajaan negeri Kelantan dari PAS.

“Hadi sendiri pernah berkata semasa Pilihan Raya Kecil Teluk Intan pada bulan Mei 2014 yang PAS bekerjasama dengan DAP ini adalah tanda penghargaan untuk tindakan DAP yang menyokong PAS apabila kerajaan Kelantan ditumbangkan pada tahun 1978.

“Hadi mengatakan bahawa DAP yang mempertahankan PAS apabila kerajaan Kelantan tumbang kepada Barisan Nasional (BN) dan menyebabkan huru-hara ketika itu.

“Saya tidak perlukan “token penghargaan” Hadi, sebaliknya saya hanya perlukan Hadi untuk bersikap jujur dan berterus terang, bukannya menipu, menabur fitnah, dan menyebar berita palsu untuk mengejar kepentingan politik sendiri,” katanya.

Dalam hantaran Facebook yang sama, Hadi merujuk kepada ICERD. Hadi kini tahu yang dia telah memfitnah DAP pada tahun 2018 memandangkan DAP bukanlah di sebalik rancangan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa untuk Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Perkauman (ICERD).

“Adakah Hadi akan menarik semula fitnah ini dan meminta maaf kepada DAP untuk apa yang berlaku pada tahun 2018?

“Adakah dia sekarang menjawab dua soalan mengenai ICERD yang saya telah kemukakan kepadanya pada tahun 2018, iaitu: Bagaimana ICERD memberikan kesan buruk kepada syiar Islam di 55 dari 57 negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang telah meratifikasi ICERD; dan
Bagaimanakah ICERD telah memberikan kesan buruk kepada sistem monarki di 36 dari 38 negara dengan sistem beraja yang telah meratifikasi ICERD?

“Saya sokong penuh seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya OIC mengambil tindakan serius untuk menangani isu Islamofobia. Adakah Hadi bersetuju? soal beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat