Kerajaan Kumpul Data Kenal Pasti Penerima Subsidi Bersasar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan masih berusaha membangunkan pengumpulan data yang komprehensif sebelum menetapkan kriteria yang bersesuaian terhadap pihak atau individu yang akan menerima subsidi bersasar di negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata setakat ini kerajaan masih belum memutuskan penetapan kriteria kelayakan individu atau pihak yang boleh menerima subsidi bersasar itu.

Ahmad berkata, pelaksanaan pemberian subsidi secara bersasar ini akan dibuat secara berperingkat tertakluk kepada ketersediaan dan mengekalkan fokus kerajaan dalam memastikan kos sara hidup rakyat terutamanya golongan B40 tidak terjejas.

Kata beliau, satu pasukan khas juga sudah diwujudkan di bawah Kementerian Kewangan untuk bekerjasama dengan kementerian mahupun agensi tertentu dalam meneliti pelaksanaan subsidi secara bersasar ini.

“Ini termasuk mengumpulkan data daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Kita juga akan mengenal pasti kaedah yang bukan sahaja berkesan, malah menjimatkan masa serta memberi implikasi kewangan paling minimumkan kepada kerajaan,” katanya ketika Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, pada Isnin.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin (PN-Putrajaya) yang ingin mengetahui bilakah subsidi bersasar akan dilaksanakan dan adakah kerajaan boleh menjamin harga barangan tidak meningkat apabila ia dilaksanakan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat