“Buktikan Saya Bolot Kekayaan, Tun M Bidas Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad berang dengan tuduhan yang dilemparkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya beliau telah membolot kekayaaan untuk keluarganya ketika menjadi Perdana Menteri.

Dr Mahathir menganggap tuduhan tanpa bukti yang dilemparkan Anwar terhadapnya sebagai fitnah.

“Dalam usaha untuk menghalang perhimpunan Melayu yang menjemput saya hadir, Anwar telah berkata, “ada orang dulu, 22 tahun campur 22 bulan pegang kuasa, sekarang mengeluh Melayu hilang segala-galanya, hilang harta, hilang saham”.

“Tambahnya, “bagaimana tak hilang kalau kamu bolot untuk kamu. Untuk keluarga kamu dan anak-anak kamu. Sekarang bila hilang kuasa, bicara soal rakyat.”

“Saya ingin dapatkan bukti daripada Anwar bahawa saya bolot untuk saya, untuk keluarga saya dan anak-anak saya,” tegas beliau dalam kenyataan pada Isnin.

Kata bekas Perdana Menteri itu, membuat tuduhan memang mudah.

“Tetapi tuduhan yang tidak dibukti dengan jelas, tidak boleh diterima sebagai benar. Ia adalah fitnah.

“Saya mengeluh sekarang kerana kehilangan segala-galanya oleh orang Melayu berlaku selepas saya letak jawatan sebagai Perdana Menteri. Memang pun orang Melayu menjadi begitu miskin selepas saya tidak lagi jadi Perdana Menteri.

“Saya berusaha memulihkan keadaan orang Melayu apabila jadi Perdana Menteri selepas PRU 14. Tetapi Kerajaan PH dijatuhkan dan saya pun hilang jawatan. Sebab itu saya mengeluh sekarang.

“Saya menyertai usaha untuk menyedarkan orang Melayu akan masalah mereka dengan pelancaran proklamasi Melayu,” kata beliau lagi.

Isi kandungan proklamasi ini menepati peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia dan juga Perlembagaan Umno, ujar Dr Mahathir.

Tegasnya, halangan pelancaran ini bermakna Kerajaan Anwar menolak Perlembagaan negara dan Perlembagaan Umno.

“Umno tidak bantah. Umno tidak lagi pegang kepada matlamat penubuhannya.

“Sebab itu puak lain perlu diadakan untuk melindungi hak orang Melayu dan Bumiputera lain,” katanya.

Tambah Dr Mahathir, apabila kerajaan menghalang pihak lain melancar proklamasi ini, ia mengkhianati janji dalam Perlembagaan Negara.

“Sebab itu orang Melayu patut tentang Kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim,” bidas beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat