Aplikasi KitaJaga Semak Harga Barang Runcit

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Ekonomi memperkenalkan aplikasi KitaJaga untuk rakyat menyemak harga barangan runcit yang dijual di seluruh negara mulai hari ini.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, aplikasi tersebut mampu mempamerkan harga harian untuk setiap barang mengikut lokaliti tertentu.

Kata Rafizi, konsep asas inisitif itu adalah untuk membolehkan rakyat membeli secara bijak dengan adanya data harga barang di hujung jari.

“Kementerian Ekonomi akan bermula dengan harga barang runcit kerana kebanyakan kenaikan harga tertumpu di kategori ini dan meluaskan kepada kategori-kategori yang lain untuk kegunaan rakyat.

“Kementerian Ekonomi juga akan bekerjasama dengan pihak perniagaan e-dagang untuk mengembangkan potensi pemantauan harga, supaya rakyat akan membiasakan diri dengan proses perbandingan dan pilihan mengikut data harga yang menyeluruh,” katanya dalam kenyataan media pada Isnin.

Tambah Rafizi, aplikasi tersebut tidak bermaksud rakyat harus hanya membeli barangan yang murah malah ia memberi penanda aras kepada pembelian di samping memupuk minda dipacu data dalam kalangan masyarakat.

Beliau memberitahu, inisiatif itu hasil kolaborasi antara Kementerian Ekonomi dan organisasi tempatan, KitaJaga yang membangunkan aplikasi dan kegunaannya.

“Organisasi KitaJaga telah memanfaatkan data terbuka di laman sesawang OpenDOSM yang dilancarkan beberapa bulan dahulu, dan pembangun web dan coders digalakkan untuk terus menggunakan data berbutir dari OpenDOSM dalam produk yang memanfaatkan rakyat.

“Seperti yang telah diumumkan sebelum ini, Kementerian Ekonomi tekad untuk memberi tumpuan jangka pendek kepada kebertanggungjawab harga berpatutan dengan membangunkan ekosistem berasaskan data-data harga dari seluruh negara,” jelasnya.

Sementara itu, Rafizi berkata, kadar inflasi negara pada Februari lalu kekal pada kadar 3.7 peratus, seperti yang diumumkan oleh Jabatan Perangkaan pada 24 Mac lalu.

Menurut beliau, kadar tersebut adalah sama seperti yang dicatatkan pada Januari lalu.
Sejak Kerajaan Perpaduan mengambil alih pada Disember lalu, kadar inflasi secara keseluruhan telah mencapai tahap yang stabil,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat