PAU2020: Bersatu usah berbicara perpaduan ummah dengan UMNO – Tok Mat

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan mengingatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) agar tidak berbicara tentang perpaduan ummah dengan parti itu.

Ini kerana, tegas Mohamad, pemimpin parti serpihan yang “baru berusia setahun jagung” itu tidak mempunyai sebarang rekod menyatupadukan bangsa Melayu dan rakyat Malaysia, berbanding UMNO.

“Jangan berbicara tentang perpaduan ummah dengan UMNO, kalau tuan-tuan sendiri berentap dengan mereka yang sebelum ini tuan-tuan peluk dan dakap mesra.

“Jangan berbicara tentang perpaduan ummah dengan UMNO, kalau yang tuan-tuan tahu, hanyalah memancing dan mengutip sesiapa sahaja yang pantas meninggalkan perjuangan bangsa.

“Termasuklah mereka yang selama ini tidak berhenti-henti menghina dan merendah-rendahkan orang Melayu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Serentak Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, tindakan pemimpin berkenaan juga sebenarnya adalah anti perpaduan Melayu.

“Mereka tidak pernah memperjuangkan sebarang usaha perpaduan sehinggalah apabila nyawa mereka seperti telur di hujung tanduk, kelangsungan parti mereka menjadi begitu getir, baharulah mereka mula tergagap-gagap bercakap tentang perpaduan bangsa.

“Lebih menjelikkan, apabila mereka yang meninggalkan PKR turut tidak malu mahu bercakap berkenaan perpaduan ummah.

“Sedangkan selama berpuluh-puluh tahun, perjuangan mereka tidak pernah sekali pun menjurus kepada kebaikan orang Melayu, apatah lagi perpaduan ummah,” jelasnya.

Sehubungan itu, tegas beliau lagi, perpaduan bangsa Melayu adalah cita-cita besar UMNO yang telah dan akan terus didukung dengan tegas dan setia.

“Ia tidak akan kami lacurkan dalam matlamat politik yang sempit. Ia tidak akan kami leburkan dalam perlumbaan kuasa yang tidak cerdik.

“Yang akan UMNO usahakan adalah, perpaduan seluruh bangsa Melayu. Yang berpolitik atau tidak, yang berparti atau tidak dan yang dalam kerajaan mahupun pembangkang.

“Semuanya akan kita pandang dan kita undang. Rukunnya hanya satu, iaitu Melayu,” tegasnya.

 

_Awani_

Topik Hangat

Lompat parti tak salah, SPRM tak berhak siasat – Azam Baki

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh melakukan siasatan ke atas ahli politik yang lompat parti kerana ia tidak menyalahi undang-undang...

‘Alhamdulillah aku dah cerai’ – Bekas suami Zarina Anjoulie

Kuala Lumpur: Bekas suami Zarina Anjoulie, Eilyas Azhar mengakui sudah menceraikan pelakon itu hari ini. Eilyas menerusi hantaran di Instagram Story mengakui bersyukur dengan penceraian...

Hamid Dedah Hamzah Mahu Guna Cawangan Khas Untuk Kepentingan Politik : Laporan

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Abdul Hamid Bador mendakwa wujud campur tangan Menteri Dalam Negeri (MDN) untuk menentukan jawatan...

Berita Berkaitan

Zionis Israel tak bertamadun serang menjelang Aidilfitri – Nazir

KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO Titiwangsa menyeru seluruh umat Islam di negara ini dan di seluruh dunia perlu bersatu hati mengecam kekejaman zionis ini...

MB Pahang sumbang RM5,000 Bantu Pesakit SLE

RAUB: Menteri Besar Pahang, Dato Sri' Wan Rosdy Wan Ismail menghulurkan sumbangan peribadi RM5,000 kepada adik Norashikin Azizan yang mengidap penyakit Systemic Lupus Erythematosus...

Khaled Nordin gesa ‘lockdown’ penuh di seluruh negara

CYBERJAYA: Kerajaan digesa melaksanakan sekatan penuh (lockdown) di negara ini bagi mengekang penularan Covid-19, memandangkan kes kian meningkat. Menurut Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed...