Mawla Amin warga Perancis-Algeria, tiada hubungan dengan keturunan Nabi Muhammad di Maghribi

- Advertisement -

RABAT – Kerajaan Maghribi mengesahkan Mawla Amin atau nama sebenarnya, Mohamed Amin Ouradji, yang mengaku bahawa mempunyai jalur keturunan ke-38 daripada Nabi Muhammad, bukan warga negara itu.

Pengesahan itu dibuat atas permintaan pihak berkuasa Malaysia, dengan Kementerian Luar Maghribi menjelaskan, lelaki itu juga tidak mempunyai hubungan dengan Sharif Idrissi di Maghribi atau mana-mana keturunan Nabi Muhammad di negara itu.

Kementerian itu menambah, pihak berkuasa agama Maghribi juga sama sekali tidak menyokong aktiviti keagamaan atau ajaran dibawa individu itu.

Lelaki warga Perancis-Algeria itu mendakwa dirinya sebagai rakyat Maghribi dan berasal dari keturunan Nabi Muhammad.

Sebaliknya, menurut Kementerian Luar Maghribi, Mohamed Amin Ouradji disahkan dilahirkan di Algiers, Algeria pada 1984, sebelum berhijrah ke Perancis bersama keluarganya.

Ahli dan pengikut memanggilnya dengan gelaran Mawla Mohamed Amin al-Hassani, lapor AGENSI.

Sebelum ini, dia pernah berada di Malaysia pada 2022, di bawah naungan sebuah madrasah, namun kehadirannya dikritik pihak berkuasa agama ekoran dokumen dakwaan ‘keturunannya’ yang menimbulkan keraguan.

Kemunculannya mencetuskan kontroversi di Malaysia, terutama selepas dikaitkan dengan penubuhan sebuah mazhab yang turut mengutip derma secara haram daripada orang awam dalam usaha menubuhkan ‘Kerajaan 9’ di Melaka, kononnya bagi menyediakan penganutnya untuk akhir zaman.

Polis di Malaysia sedang memantau kegiatan Mawla Amin dan pengikutnya termasuk operasi sebuah madrasah di Selangor, di mana dia dikesan cuba menyebarkan ajarannya.

Beberapa negeri lain, termasuk Selangor, Penang dan Negeri Sembilan, yang difahamkan mahu menganjurkan jelajah Mawla Amin, sudah membatalkan acara berkenaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat