Konsert Melly & Friends (Malam Graduasi) 1 Jun ini di Kuala Lumpur

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Selepas konsert fenomena Ada Apa Dengan Melly (Back To School) pada Februari tahun lepas, penyanyi dan penulis lagu terkenal dari Indonesia, Melly Goeslaw akan kembali ke Malaysia.

Dengan tema Ada Apa Dengan Melly & Friends (Malam Graduasi), konsert akan diadakan pada 1 Jun 2024 itu nanti dimeriahkan dengan penyanyi-penyanyi jemputan yang pasti memberi suatu kelainan.

Dibawakan oleh AKE Group yang merealisasikan sekali lagi projek mega konsert dari Iman Tang (Icon Entertainment), Ada Apa Dengan Melly & Friends (Malam Graduasi) akan diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Melly yang menggelar dirinya sebagai ‘pengetua’ sekolah muzik bagi tema konsert sebelum ini, ingin meraikan penonton atau anak anak didik di Malaysia melalui konsert yang bertemakan Malam Graduasi.

“Saya bahagia setelah melihat ‘anak-anak didik’ saya menyambut Ada Apa Dengan Melly (Back To School) dengan antusias yang luar biasa.

“Sejak itu, pihak saya bersama Iman Tang terus merencana sesuatu yang lebih besar selepas menerima banyak pertanyaan mengenai konsert seterusnya.

“Jadi lanjutan daripada siri Ada Apa Dengan Melly (Back To School), kini kami dengan bangga mengumumkan Ada Apa Dengan Melly & Friends (Malam Graduasi) yang bakal berlangsung pada 1 Jun 2024 ini akan lebih gah dan terus melakar sejarah,” ujar Melly Goeslaw.

Bagi penganjur Iman Tang dari Icon Entertainment pula, persiapan rapi diambil selama satu tahun sebelum Ada Apa Dengan Melly & Friends (Malam Graduasi) bertemu peminat di Malaysia.

Iman Tang percaya momentum Ada Apa Dengan Melly (Back To School) akan menjadi lebih kuat dengan Ada Apa Dengan Melly & Friends (Malam Graduasi).

“Untuk Ada Apa Dengan Melly (Back To School) kami membawa konsep nostalgia masa sekolah dengan kesemua peminat wajib hadir berbaju sekolah.

“Waktu itu, Melly hanya mendendangkan lagu-lagu milik dan ciptaannya yang cukup mahsyur sepanjang peminatnya bersekolah lalu membesar dewasa secara solo.

“Kali ini untuk Ada Apa Dengan Melly & Friends (Malam Graduasi), sebuah konsep baharu dibawakan untuk peminat.

“Melly tidak hadir berseorangan. Beliau akan membawa rakan-rakan yang pernah berduet dan berkolaborasi dengannya sepanjang lebih dua dekad menjadi pelaku seni ke atas pentas.

“Dan sesuai dengan tema Malam Graduasi, konsert ini menjadi lebih ‘mewah’, meriah dan penuh dengan perayaan di antara Melly, rakan-rakannya dan peminat semua.

“Jadi kami percaya walaupun Melly kembali ke Malaysia hanya dalam tempoh setahun dan melakukan konsert, Ada Apa Dengan Melly & Friends (Malam Graduasi) akan sukses kerana ‘anak-anak didiknya’ perlukan malam graduasi,” ujar Iman Tang.

Iman Tang juga memberitahu setiap peminat yang hadir perlu mengikut tema pakaian graduasi yang ditetapkan.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat