Kolej Universiti Yayasan Pahang bersama Universiti Yarmouk perkukuh hubungan dua hala – Wan Rosdy

- Advertisement -

JORDAN: Kerajaan Negeri Pahang menerusi Kolej Universiti Yayasan Pahang (UCYP) perkukuh hubungan dua hala bersama Universiti Yarmouk.

Menurut Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, hasil pertemuan bersama wakil Universiti Yarmouk, Empat perkara dibincangkan dalam pertemuan ini iaitu mengenai pertukaran pelajar, pembelajaran bahasa Arab secara online oleh tenaga pengajar di Jordan dan pelajar UCYP, pertukaran guru, serta kelangsungan Kursi Pahang di Universiti Yarmouk.

Jelas Wan Rosdy, Kerajaan Negeri menerusi University College of Yayasan Pahang (UCYP) telah menjalankan program berkembar bersama Universiti Yarmouk sejak lebih 20 tahun lalu.

“Saya dan delegasi Kerajaan Negeri Pahang mengadakan pertemuan bersama Prof. Dr Islam Massad, Presiden Universiti Yarmouk, Prof Dr Mohamad Talafhah, Dekan Fakulti Syariah Universiti Yarmouk dan Prof Dr Rasha Abdouh, Pengarah Pusat Bahasa Universiti Yarmouk di Bilik Mesyuarat Hilton Hotel Jordan.

“Pertemuan ini bagi mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Kerajaan Negeri Pahang dan Universiti Yarmouk terutamanya dalam meneroka pelbagai peluang dalam bidang pendidikan terutama melibatkan pelajar Pahang di universiti tersebut.

“Kerajaan Negeri menerusi University College of Yayasan Pahang (UCYP) telah menjalankan program berkembar bersama Universiti Yarmouk sejak lebih 20 tahun lalu.

“Menerusi program berkembar ini, pelajar yang terdiri daripada anak-anak Pahang akan mengikuti pengajian selama dua tahun di UCYP dan dua tahun lagi di Universiti Yarmouk,” katanya.

Turut sama dalam pertemuan itu, EXCO Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa Dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, Dato’ Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, Duta Besar Malaysia Di Jordan Tuan Nasri Bin Abd Rahman , Prof Madya Redwan Rashid dan Cik Wan Faezatul Afzan.

Manakala bagi pihak Kerajaan Negeri Pahang EXCO Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi Dan Pendidikan Negeri Pahang, Dato Sri Mohd Soffi,EXCO Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita Dan Keluarga Negeri Pahang, Dato Sabariah Saidan, Wakil Pengurusan Yayasan Pahang Datin Azah dan UCYP Ahmad Fared Mohd Din.

Dalam pada itu kata Wan Rosdy lagi, perbincangan ini berjalan dengan lancar dan cukup positif.

“Alhamdulillah, perbincangan ini berjalan dengan lancar dan cukup positif.

“Semoga hubungan dua hala ini terus terjalin dengan lebih erat bagi membantu mempermudahkan anak-anak Pahang untuk melanjutkan pengajian di universiti itu. Insya-Allah,” ujar Wan Rosdy.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat