JAKIM sangkal terima dokumen keturunan Mawla Amin konon susur galur Nabi Muhammad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tegas menyatakan pihaknya tidak menerima sebarang bukti dokumen berhubung nasab Mawla Amin seperti didakwa.

JAKIM dalam kenyataan penafiannya yang disiarkan di Facebook berkata, susulan kenyataan yang dibuat oleh pihak Nur Al Mustafa Malaysia dalam sidang media yang diadakan berhubung nasab ‘Mawla Amin’.

“Nur Al Mustafa Malaysia yang memaklumkan bahawa pihak mereka telah mengemukakan bukti dokumen berkaitan kepada pihak JAKIM.

“Bagaimanapun, dimaklumkan bahawa JAKIM tidak menerima sebarang dokumen sebagaimana yang dinyatakan,” kata agensi itu.

JAKIM berkata demikian sebagai penafian menerima bukti dokumen nasab seorang lelaki Algeria, Muhammad Amin al-Idrisi yang yang didakwa mempunyai susur galur keturunan Nabi Muhammad.

Penafian berkenaan ekoran kenyataan penganjur programnya di negara ini Nur Al Mustafa Malaysia minggu lalu yang mendakwa telah mengemukakan bukti dokumen kepada JAKIM.

Terdahulu dalam laporan media ada melaporkan seorang lelaki mendakwa warganegara Maghribi yang dikenali dalam kalangan pengikutnya sebagai ‘Mawla Mohamed Amin al-Hassani’ mengaku bahawa mempunyai jalur keturunan ke-38 daripada Nabi Muhammad SAW pernah datang ke negara ini, dua tahun lalu anjuran sebuah madrasah.

Madrasah itu juga terpalit dengan kes salah laku yang membabitkan mudirnya memukul pelajarnya.

Sehubungan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memantau kegiatan lelaki itu susulan laporan mengenai seorang mudir sebuah madrasah di Selangor yang turut aktif mempromosi Mawla Amin mengutip dana awam secara tidak sah selain cuba mewujudkan satu perkampungan Kerajaan 9 di Melaka sebagai persiapan akhir zaman kepada pengikutnya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dipetik berkata, PDRM sedang memantau pergerakan ‘Mawla Amin’ dan pengikutnya termasuk madrasah itu yang beroperasi di Selangor.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat