Kerajaan Pahang Lupus Hutang 58 Peserta RTP

- Advertisement -

KUANTAN – Kerajaan Pahang melupuskan hutang 58 peserta Rancangan Tanah Pinggir (RTP) berjumlah RM32,790.15.

Keputusan itu dibuat hasil mesyuarat lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Pertanian Pahang (PKPP) hari ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, tindakan melupuskan hutang itu dibuat memandangkan kebanyakan peserta yang mempunyai hutang tertunggak tidak dapat dikesan.

“Ini disebabkan ketiadaan alamat tempat tinggal yang lengkap dan ada antaranya sudah berusia hampir satu abad selain ada juga yang sudah meninggal dunia.

“Jadi, sebagai kerajaan yang prihatin, kita ambil pendirian untuk melupuskan hutang terbabit,” katanya dalam satu hantaran di laman sosial Facebook miliknya, petang tadi.

Wan Rosdy berkata, RTP mula dibuka pada tahun 1961 hingga 1967 oleh Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang berasaskan konsep pembukaan tanah secara berkelompok di bawah Akta Tanah GSA (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 dan diusahakan dengan tanaman getah.

Katanya, terdapat sebanyak 131 buat RTP dibuka di seluruh Pahang, kecuali di Cameron Highlands yang mensyaratkan setiap peserta terpilih ditawarkan lot tanah seluas 6 ekar dan dikenakan bayaran balik antara RM3,000 hingga RM3,500 dengan tempoh bayaran balik selama 15 tahun.

“Saya berharap langkah diambil kerajaan negeri ini akan memberi kelegaan kepada peserta dan juga waris peserta.

“Saya berdoa semoga Allah melimpahkan rahmat serta mempermudahkan segala urusan kita untuk memastikan negeri Pahang dan rakyatnya hidup dalam kemakmuran dan kesejahteraan,” katanya lagi. 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat