IPR jana pendapatan RM2,000 buat miskin tegar, B40 – Rafizi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyasarkan peserta Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) terdiri daripada golongan miskin tegar, miskin dan B40 berupaya menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, IPR dengan sasaran 100,000 peserta itu bertujuan meningkatkan pendapatan tiga golongan tersebut dengan melibatkan kerjasama kerajaan, rakyat dan rakan strategik, sekali gus membantu mereka keluar daripada garis kemiskinan yang ditetapkan pada RM1,900 sebulan.

“Usahawan tani, contohnya, mereka akan mula merasai pendapatan itu selepas hasil tuaian pertama tanaman mereka tetapi dalam tempoh menunggu hasil tuaian itu, kerajaan akan memberi elaun bulanan sebanyak RM500.

“Semua bantuan ini kita sudah ambil kira selama 24 bulan, termasuklah dari segi penyediaan tapak pertanian, infrastruktur, kelengkapan dan latihan,” katanya lapor Bernama, semalam.

Hadir sama, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

IPR merangkumi tiga model iaitu Usahawan Tani (Intan), Inisiatif Usahawan Makanan (Insan) dan Inisiatif Operator Perkhidmatan (Ikhsan) yang diwujudkan untuk menyelesaikan masalah ekonomi harian rakyat.

Di bawah Intan, Rafizi, berkata kerajaan persekutuan akan menyediakan 800 ekar (323.7 hektar) tanah sebagai permulaan untuk diusahakan oleh peserta usahawan tani sebelum diperluaskan kepada 5,000 ekar (2023.4 hektar) menerusi kerjasama daripada kerajaan negeri.

“Saya yakin kerajaan negeri akan menyambut baik inisiatif ini kerana dalam membantu mengatasi masalah bekalan makanan setempat, ia juga mewujudkan peluang pekerjaan di peringkat setempat terutama di negeri-negeri yang banyak berlakunya migrasi atau perpindahan penduduk ke bandar,” katanya.

Justeru, katanya, beliau akan berjumpa dengan setiap Menteri Besar dan Ketua Menteri supaya mereka memperuntukkan tanah di bawah kerajaan negeri untuk pelaksanaan program ini di seluruh negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat