3,680 Kes Baru Covid-19, Tujuh Kematian Direkodkan Hari Ini

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Malaysia masih merekodkan kes harian Covid-19 melepasi 3,000 kes iaitu 3,680 kes dengan tujuh kematian sekali gus menjadikan kes positif negara sebanyak 194,114 kes.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 42,389 kes.

Terdapat 314 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) yang mana 122 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Johor menjadi negeri tertinggi kes baharu iaitu 1,069 kes diikuti Selangor, 822 kes; Kuala Lumpur, 698 kes; Sabah, 295 kes; Perak, 181 kes; Negeri Sembilan, 112 kes dan Pulau Pinang 101 kes.

“Baki negeri lain merekodkan dua angka iaitu Kedah, 76 kes; Sarawak, 70 kes; Terengganu, 68 kes; Melaka, 63 kes; Kelantan 60 kes; Pahang, 42 kes; Putrajaya, 19 kes manakala Perlis, tiga kes dan Labuan satu kes.

“Bagi kes sembuh, Malaysia merekodkan sebanyak 1,858 kes yag menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sepenuhnya iaitu 151,018 kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat