Kapal tangki Iran ditahan APMM di Melaka

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah kapal tangki dikendalikan enam warga Iran di kedudukan 7.5 batu nautika barat daya Tanjong Dahan, Alor Gajah, Melaka semalam.

Pengarah Maritim Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Mohd. Khairi Abd. Aziz berkata, kapal yang berdaftar di Limbe, Cameroon itu ditahan kira-kira pukul 11.30 pagi selepas dikesan berlabuh tanpa kebenaran Ketua Pengarah Laut.

Beliau berkata, pergerakan kapal berjaya dijejaki menerusi Sistem Pengawasan Laut (SWASLA), lantas sepasukan bot ronda yang sedang melakukan Op Murni dan Op Tiris Fasa 2.0 telah diatur gerak ke lokasi.

“Pemeriksaan ke atas kapal yang berdaftar di Limbe, Cameroon itu mendapati ia dikendalikan oleh enam kru termasuk kepten kapal yang kesemuanya warga Iran berumur dalam lingkungan 37 hingga 70 tahun.

“Pemeriksaan lanjut ke atas kapal yang dalam pelayaran dari Jepun ke Dubai itu turut didapati melakukan kesalahan berlabuh tanpa kebenaran dan tidak mempunyai dokumen insurans kapal,” lapor media di Melaka.

Tambah Mohd. Khairi, nakhoda kapal dibawa ke Pejabat Maritim Melaka dan Negeri Sembilan bagi membantu siasatan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952.

“Jika sabit kesalahan, pihak terlibat boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

“APMM sentiasa peka dan serius melaksanakan pemantauan operasi dan penguatkuasaan undang-undang agar perairan negara selamat daripada sebarang aktiviti yang menggugat keselamatan negara,” tegasnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat