China beri amaran serpihan roket mungkin jatuh di Laut China Selatan

- Advertisement -

BEIJING- China memberi amaran bahawa sisa serpihan roket mungkin jatuh di kawasan Laut China Selatan hari ini, susulan pelepasan keenam jentera pelancar paling berkuasa miliknya 11 hari lalu.

Serpihan roket, yang biasanya terbakar di atmosfera ketika memasuki bumi, dijangka jatuh di pantai wilayah pulau Hainan di China antara 11.00 pagi (0300 GMT atau 11 pagi waktu Malaysia) dan tengah hari (0400 GMT atau 12 tengah hari waktu Malaysia).

Pelancaran Long March 5B pada 2021 menyebabkan kebimbangan tertentu disebabkan spekulasi mengenai lokasi serpihan akan terjatuh memandangkan sebahagian besar tidak terbakar apabila memasuki atmosfera bumi, lapor Reuters.

Pada 2020, serpihan dari Long March 5B jatuh di Ivory Coast, merosakkan beberapa bangunan.

Misi Long March 5 pada awal bulan ini disifatkan oleh media negara China sebagai ‘satelit penderiaan jauh optik orbit tinggi’.

Roket berkuasa biasanya digunakan untuk melancarkan muatan yang sangat besar.

‘Satelit’ itu akan digunakan bagi pemantauan tanah, penilaian hasil tanaman, pengurusan alam sekitar, amaran dan ramalan meteorologi serta pencegahan dan bantuan bencana.

Kredit Foto: Wikipedia

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat