“Orang sebut saya menang 16 undi, tapi lupa saya runtuhkan majoriti Warisan lebih 5,000 undi” – Yaakob Khan

KARAMBUNAI: Penyandang DUN Karambunai, Dato’ Yaakob Khan mempertahankan kemenangan tipisnya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu dengan menegaskan bahawa kejayaan itu bukan sekadar menang dengan majoriti 16 undi, sebaliknya hasil daripada usahanya meruntuhkan majoriti lebih 5,000 undi yang sebelum ini dimenangi Warisan di kerusi berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu Podcast Suara TV sempena PRN Sabah ke-17, di mana beliau mengulas cabaran mempertahankan kerusi Karambunai yang menyaksikan pertandingan 11 penjuru.

Menurut beliau, pengalaman lebih 34 tahun berkhidmat di Karambunai sejak 1991 membolehkannya memahami denyut nadi serta keperluan sebenar rakyat, sekali gus memberikan kelebihan berbanding pencabar lain.

Sekiranya diberi mandat sekali lagi, Yaakob berkata beliau akan memfokuskan penyelesaian isu asas rakyat, khususnya bekalan air, elektrik dan jalan raya, terutama di kawasan setinggan yang masih berdepan kesukaran mendapatkan bekalan secara sah.

Mengulas naratif “Sabah for Sabahan”, beliau menyifatkan sentimen itu sering dimainkan menjelang pilihan raya dan menegaskan penglibatan dalam parti nasional tidak bermakna seseorang itu mengabaikan kepentingan negeri.

Beliau turut menyeru pengundi, khususnya golongan muda, agar tidak mengambil mudah tanggungjawab mengundi kerana satu undi mampu menentukan masa depan Sabah dan generasi akan datang.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat