Petang Ini Boleh Lihat Siapa Khianati Rakyat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – “Petang ini kita dapat lihat siapa yang khianati rakyat,” kata Tan Sri Annuar Musa.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu menyatakan semua Ahli Parlimen BN membuat pendirian menyokong Belanjawan 2021 kerana sedar betapa pentingnya belanjawan untuk rakyat.

“Semasa BN pembangkang pun kita tak tolak belanjawan.

“Apa lagi jika penolakan belanjawan membawa kepada ketidakstabilan negara,rakyatlah yg jadi mangsa,” tegas Menteri Wilayah Persekutuan itu.

Mengulas mengenai kenyataan Tun Dr Mahathir yang menyatakan beliau dan rakan-rakan Pejuang sebulat suara menolak Belanjawan 2021.

Annuar berkata, kenyataan bekas Perdana Menteri itu mengakibatkan kurang empat undi.

“Nampak sangat tak jujur dan main politik, begitu banyak syor yang kerajaan beri perhatian, tapi masih sengaja nak tolak belanjawan .

“Yang sebenarnya kerana nak jatuhkan kerajaan dan cuba kembali berkuasa.Allah SWT yang menentukan,” ujar Annuar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat