Belanjawan Johor 2021: Pengurusan sumber air diperkasa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Johor amat komited untuk menjamin kualiti air bersih demi kelangsungan hidup rakyat oleh itu, kerajaan negeri bersetuju untuk membangunkan infrastruktur pengurusan sumber air.

Menteri Besar Johor, Datuk I.r. Hasni Mohammad berkata dalam pembentangan Belanjawan Johor 2021, kerajaan negeri dalam proses untuk menyediakan enakmen Lembaga Pengurusan Air Johor.

Katanya, kerajaan negeri berhasrat untuk menaik taraf Badan Kawal Air Johor (BAKAJ) kepada Lembaga Pengurusan Air Johor bagi memperkasakan pengurusan sumber air negeri.

“Sehubungan itu kerajaan negeri menerusi BAKAJ komited untuk melaksanakan projek menaik taraf baraj sungai Johor dengan peruntukan sebanyak RM2.5 juta.

“Projek ini akan menghalang penerobosan air masin ke loji-loji rawatan air serta meningkatkan kapasiti penyimpanan air mentah yang dilepaskan dari Empangan Linggiu,” katanya.

Hasni berkata, bagi meningkatkan kualiti air dan mencegah pencemaran sungai, kerajaan melalui BAKAJ menyediakan peruntukan sebanyak RM1.7 juta untuk melakasanakan dua inisiatif baru.

“Pertama, pemantauan secara fizikal dan berkala terhadap sungai-sungai yang membekalkan air mentah kepada loji-loji rawatan air menggunakan teknologi geospatial dengan peruntukan sebanyak RM1 juta.

“Kedua, pembinaan Sistem Pemantauan dalam talian Pembinaan 3 Unit Sistem untuk memantau pencemaran dan kualiti air di Sungai Skudai, Sungai Ulu Benut dan Sungai Muar dengan peruntukan RM700,000,” ujarnya.

Selain daripada itu, Hasni berkata dengan kerjasama Iskandar Regional Development Authority (IRDA), Projek Kebolehlaksanaan Loji Rawatan Air Pintar (Smart Water Treatment Plant) dan penggunaan sumber air akan dilaksanakan dengan peruntukan daripada kerajaan Persekutuan sebanyak RM2 juta.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat