Belanjawan 2021: Dr Mahathir Bidas Ahli Parlimen Tak Berprinsip

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan undi belah bahagi gagal dilakukan pembangkang di Dewan Rakyat hari ini kerana cuma 13 ahli Parlimen menyokongnya, sedangkan proses tersebut memerlukan 15 ahli.

Pengasas Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menyatakan bagi beliau dan semua ahli Pejuang, serta beberapa ahli Parlimen yang lain, mereka tetap berpegang kepada janji untuk menolak Belanjawan 2021 seperti yang dinyatakan sebelum ini.

“Apabila cuma 13 ahli Parlimen bukan kerajaan bangun untuk tolak Belanjawan 2021, undi belah bahagi tidak dapat dilakukan kerana ia memerlukan 15 ahli.

“Apabila ini berlaku, ia bermakna bahawa kerajaan yang dipilih rakyat boleh dijatuhkan di tengah jalan dan diganti dengan kerajaan pintu belakang.

“Pilihan raya tidak bermakna lagi, kerajaan yang didirikan melalui rasuah dan sogokan pada ahli Parlimen, dan kerajaan yang korup boleh pula disokong oleh Ahli Parlimen pembangkang tanpa sedikitpun berasa bersalah kerana mungkir janji kepada rakyat. Inilah apa yang telah berlaku di Dewan Rakyat hari ini,” jelas Dr Mahathir dalam kenyataan media.

Ujar beliau, apabila mengambil pendirian mereka tidak berganjak atas dasar amanah dan tanggungjawab sebagai wakil kepada rakyat.

“Saya, Ahli Parlimen Langkawi, dan tiga lagi Ahli Parlimen Pejuang, Mukhriz Mahathir (Jerlun), Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu) dan Shaharuddin Md Salleh (Sri Gading) tetap tidak berganjak dengan pendirian kami menolak Belanjawan 2021.

“ Kami tetap dengan pendirian menentang apa sahaja bentuk rasuah dan kami berharap yang rakyat juga akan sedar dan menolak rasuah. Hanya dengan penolakan rasuah sahaja yang kehancuran negara dapat di elak,” katanya.

Bekas Perdana Menteri itu turut menegaskan, perasuah, penjenayah dan segala bentuk penyamun boleh bentuk kerajaan hanya dengan mengguna wang untuk membeli undi dan wakil pilihan rakyat.

“ Apabila mereka yang tidak berprinsip, yang tidak berkualiti, yang sanggup menggadai amanah rakyat demi kepentingan peribadi mendirikan kerajaan, maka negara akan dijual untuk memenuhi ketamakan diri mereka,” tegasnya.

Belanjawan 2021 yang menarik perhatian ramai akhirnya diluluskan secara dasar melalui undian suara di Dewan Rakyat.

Hanya 13 ahli Parlimen daripada blok pembangkang bangun membantah Belanjawan 2021 iaitu Dr Mahathir Mohamad (Pejuang -Langkawi), Mukhriz Mahathir (Pejuang – Jerlun), Amiruddin Hamzah (Pejuang- Kubang Pasu), Shaharuddin Md Salleh (Pejuang- Sri Gading), Khalid Samad (Amanah -Shah Alam), Mahfuz Omar (Amanah-Pokok Sena), Hanipa Maidin (Amanah -Sepang), Dr Hatta Ramli (Amanah- Lumut), Dr Dzulkefly Ahmad (Amanah- Kuala Selangor), Hasanuddin Yunus (Amanah- Hulu Langat), Hassan Karim (PKR-Pasir Gudang), Baru Bian (PSB- Selangau) dan Mordi Bimol (DAP- Mas Gading).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat