BN Sabah gugur Timbalan Ketua Menteri dari pencalonan DUN

- Advertisement -

Kota Kinabalu – Barisan Nasional Sabah secara rasmi mengumumkan Ketua UMNO Bahagian Putatan, Jeffrey Nur, akan menjadi calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang ke-17 tahun hadapan.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Raden semasa Program GERAK17 Parlimen Putatan DUN Tanjung Keramat.

Berikutan itu UMNO akan menggugurkan Adun Tanjung Keramat sedia ada Datuk Ir Shahelmy Yahya yang juga merupakan Timbalan Ketua Menteri Sabah.

Desas-desus Shahelmy tidak akan dipilih mempertahankan kerusi tersebut telah kedengaran sejak beberapa bulan lalu berikut keingkaran beliau terus bersama kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor.

Dalam wawancara SuaraTV bersama Jeffery bulan lalu, Pengarah Jentera Pilihan Raya UMNO Sabah itu telah memberi isyarat bahawa kemungkinan Shahelmy tidak akan dicalonkan dan Timbalan Ketua Menteri itu harus mengosongkan kerusi Parlimen Putatan sekiranya beliau bertanding kerusi DUN atas tiket parti lain.

Shahelmy sebelum ini digantung keahlian selama enam tahun dalam perbalahan dalaman UMNO pada Januari 2023.

Selain Shahelmy, UMNO mungkin tidak mencalonkan Datuk Dr Yusof Yacob (Sindumin), Datuk Jasnih Daya (Pantai Dalit), Datuk James Ratib (Sugut) dan Datuk Mohd Arsad Bistari (Tempasuk) yang bersama Shahelmy semasa krisis tahun lalu.

Buat masa ini Shahelmy masih merupakan Adun dan Ahli Parlimen BN (Putatan)-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat