Saya bela Melayu, Bumiputera DAP tak pernah bantah – Adly

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Dituduh menjadi boneka DAP sepanjang mengetuai pentadbiran kerajaan negeri Melaka membuatkan Pengerusi Pakatan (PH) Melaka, Adly Zahari tidak berdiam diri sebaliknya tampil mempertahankan diri dan menyenaraikan usaha yang digerakkan selama 22 bulan sebelum kerajaan bertukar pada Mac 2020.

Adly dalam hantaran video di Facebooknya beliau menegaskan bahawa DAP tidak pernah membantah kerajaan negeri melaksanakan pelbagai inisiatif ekonomi bagi membantu meningkatkan sosio-ekonomi Bumiputera.

“Ingin saya tegaskan sewaktu saya jadi Ketua Menteri, banyak inisiatif yang berjaya kita buat khusus untuk membantu Melayu dan Bumiputera.

“DAP tak bantah pun, …saya ingin nasihat kepada pihak di sebelah sana supaya berhentilah main isu perkauman dan lebih baik kita cerita apa rancangan kita untuk membantu rakyat yang baru hendak bangkit selepas dua tahun terpaksa berkurung dalam rumah,” katanya.

Klip video dalam media sosial itu memaparkan Adly ketika berceramah politik mendakwa, ketika menerajui kepemimpinan negeri, PH menubuhkan Dana Harta Bumiputera dan berjaya mengumpul RM33 juta.

Dana itu disalurkan sebagai pinjaman mikro kepada usahawan Bumiputera dengan nilai pinjaman kurang RM100,000 melalui penyediaan kaedah pembayaran balik secara mudah, katanya.

Selain itu, dana berkenaan juga membantu membina Rumah Peduli Rakyat bernilai kurang RM100,000 khusus untuk golongan B40 yang benar-benar memerlukannya.

“Saya bangkitkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini, UMNO dan Barisan Nasional (BN) perintah 19 bulan, adakah dana itu bertambah?

“BN jawab tidak bertambah walau satu sen pun sedangkan UMNO selalu melaungkan slogan membela Melayu dan Bumuputera,” katanya dipetik dalam ceramah berkenaan

Adly berkata demikian susulan beberapa hari lepas banyak mesej whatsapp dan sms blasting yang dibiayai pihak tertentu telah dihantar kepada orang ramai.

“Mesej yang dihantar tu menuduh saya ni boneka kepada DAP. Wah banyaknya duit mereka untuk hantar mesej sebegitu.

“Ingin saya tegaskan, sewaktu saya jadi Ketua Menteri dulu banyak inisiatif yang berjaya kita buat khusus untuk membantu orang Melayu & Bumiputra. DAP tak bantah pun.

“Saya ingin nasihat kepada pihak di sebelah sana. Berhentilah main isu perkauman. Lebih baik kita ceritakan apa plan kita untuk membantu rakyat yang baru hendak bangkit semula selepas 2 tahun terpaksa berkurung di rumah,” catat beliau.

Kata Adly lagi mungkin 22 bulan bukanlah satu tempoh yang lama, tetapi beliau sangat bersyukur kerana telah berjaya melaksanakan beberapa dasar dan inisiatif baharu.

Antara usaha yang dibangunkan untuk membela Melayu dan Bumiputera di Melaka ialah menubuhkan Dana Harta Bumiputera; bank negeri Melaka yang dinamakan Amanah Finance House; Perbadanan Zakat dan Wakaf Melaka dan Pengurusan Syariah khusus untuk mempertingkatkan lagi sistem perundangan di Melaka.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,585FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat