KUALA LUMPUR – “Dalam hal ini, saya mesti pertahankan Pandelela dan mana-mana atlet serta anak-anak kita yang mengharumkan negara,” kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Beliau menjelaskan tidak mempertikaikan atau mempersoalkan aduan ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong mengenai gangguan seksual terhadap atlet.
Sebaliknya, Ahli Parlimen Tambun itu menjelaskan, beliau mahu mendapatkan lebih banyak maklumat lanjut untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.
“Tindakan sedang di ambil… dalam jawapan saya dalam sidang media, saya sedang mengambil tindakan, saya menyatakan mahu mendengar semua pihak sebelum memberi penjelasan.
“Saya sudah muat naik ini dalam Facebook saya untuk semua dengar apa yang saya katakan,” katanya di Dewan Rakyat menjawab soalan tambahan Gobind Singh Deo (PH-Puchong) yang mempertikaikan kenyataannya berhubung isu gangguan seksual dibangkitkan Pandelela.
Semalam, Ahmad Faizal seakan ‘tertanya-tanya’ dengan tindakan Pandelela yang baharu sekarang mendedahkan perkara tidak bermoral itu selepas kira-kira tujuh tahun isu itu berlaku.
Malam tadi, Pandalela memberitahu memberitahu tujuannya membongkar pengalaman “not so nice” berkenaan lawak rogol tak kelakar baru-baru ini dengan tujuan memberi sokongan dan galakan kepada mangsa lain yang turut terpalit gangguan seksual.
Dalam ciapan di Twitternya malam tadi, Pandalela kebanyakan mangsa gangguan seksual berdepan dilema sama ada memendam atau mendedahkan perihal perkara itu.
Dan hari ini Pandalela berkata, beliau kini memahami senario sebenar maksud Menteri Belia dan Sukan itu dan meminta kementerian menyiasat perkara berkenaan.