Bekas Timbalan Menteri Meninggal Dunia

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Ahli Dewan Negara Senator Datuk Guan Dee Kohoi meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur, petang Selasa.

Mendiang yang juga Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) meninggal dunia selepas mengadu sakit dada dan positif COVID-19.

Bekas Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya itu dimasukkan ke hospital sekitar jam 5 pagi tadi sebelum meninggal dunia pada 4.45 petang Selasa.

Mendiang berada di Kuala Lumpur bagi menghadiri mesyuarat Perikatan Nasional, mengadu sakit dada awal pagi tadi.

Sementara itu, Presiden STAR, Datuk Seri Jeffrey Kitingan berkata beliau amat sedih dengan berita tersebut dan menyifatkan parti kehilangan pemimpin berharga.

“Beliau merupakan sekutu saya yang paling setia dan kawan yang paling saya sayangi.

“Beliau telah bersama saya melalui suka dan duka, walaupun ketika saya tidak mempunyai apa-apa, beliau tidak pernah meninggalkan saya,” katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.

Menurut Jeffrey, kali terakhir mereka berhubung adalah pada pukul 10 pagi hari ini, apabila mendiang menghubunginya dari hospital.

“Beliau memberitahu saya bahawa beliau baik-baik sahaja dan tidak perlu risau. Dia memberi jaminan kepada saya dia akan keluar dalam masa tiga, empat hari. Ini benar-benar melukakan hati saya,” katanya. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,580FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat