Dakwaan Sistem Kesihatan Di Sabah Lumpuh Tidak Benar – Dr Noor Hisham

Sokongan global perlu bagi tangani COVID-19

PUTRAJAYA: Usaha setiap negara menentang penularan COVID-19 ketika ini perlu mendapat sokongan dan kerjasama di peringkat global. Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata saling...

Muhasabah Diri Peja – Farhash

KUALA LUMPUR – Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menasihati Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu supaya bermuhasabah diri setelah...

Zambry, Saarani Calon MB Perak Yang Baharu?

CYBERJAYA - Barisan Nasional (BN) Perak dijangka menamakan Datuk Seri Zambry bin Abdul Kadir sebagai calon Menteri Besar Perak menggantikan Datuk Seri Ahmad Faizal...

Najib Tanya Apa Jadi Kereta Terbang Nasional?

KUALA LUMPUR – Sewaktu pemerintahan Pakatan Harapan (PH) Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof menerbitkan idea pengeluaran kereta terbang nasional, namun sehingga...

Terima Kasih Semua, Saya Redha – Ahmad Faizal

Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, menerima keputusan Dewan Undangan Negeri Perak dan tidak akan memanjangkan krisis politik ini dan akan memberi...

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyangkal dakwaan bahawa sistem kesihatan di Sabah semakin lumpuh ekoran peningkatan mendadak kes Covid-19 di negeri itu.

Beliau berkata perkara itu tidak benar, malah isu kewangan tidak pernah timbul dalam usaha menangani wabak tersebut memandangkan Bahagian Kewangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah meluluskan banyak peruntukan termasuk perolehan darurat yang diperuntukkan kepada Sabah.

“Sekarang ini, ada anggapan daripada masyarakat seolah-olah kita tidak melaksanakan atau sistem kesihatan akan lumpuh, tetapi ia tidak benar.

“Dari segi kemampuan hospital (di Sabah), penggunaan katil hanya 52 peratus dan ICU (Unit Rawatan Rapi) mempunyai 128 katil dengan penggunaan 60 peratus. Kita juga ada 26 Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah iaitu untuk rawatan kes tahap satu dan dua.

“Sekarang, kami sedang pertimbangkan kepada pesakit tahap tiga yang stabil dan tidak mempunyai risiko boleh juga dirawat di pusat kuarantin. Kami juga sedang melihat, enam lagi pusat kuarantin dan rawatan risiko rendah jika ada keperluan,” katanya pada sidang media perkembangan Covid-19 di sini, hari ini.

Sebuah portal berita melaporkan sistem kesihatan di Sabah yang masih ketinggalan dari segi infrastruktur dan kekurangan pakar serta peralatan perubatan perlu ditambah baik terutama dalam menangani krisis pandemik Covid-19 di negeri berkenaan.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham menjelaskan peruntukan kecemasan kepada Sabah sebanyak RM30 juta juga sudah disalurkan kepada negeri itu.

Selain itu, beliau turut menyangkal laporan yang mengatakan hanya terdapat sembilan hospital di negeri di Bawah Bayu itu.

“Semalam laporan mengatakan kita hanya ada sembilan hospital di Sabah. Tidak benar, kita ada 24 hospital di Sabah dengan makmal kesihatan awam di Kota Kinabalu.

“Kami mengguna pakai 24 (hospital), tambah hospital medan, kita ada 25 hospital yang berfungsi dengan baik dan kita tiada kekurangan katil dan peralatan contohnya ventilators dan sebagainya setakat ini,” katanya. – HMetro

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan

Menunjuk-nunjuk ada sebab – Ustaz Ebit Lew

KUALA LUMPUR: Cenderung berkongsi kisah di sebalik tabir kerja kebajikan, pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew mengaku apa yang dilakukan sekadar mengajak lebih ramai...

i-Sinar beri nafas baharu pencarum

Kuala Lumpur: Kemudahan skim i-Sinar, iaitu pengeluaran caruman daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membabitkan lapan juta ahli yang terjejas pendapatan akibat...

KWSP akan pertimbang setiap permohonan i-Sinar di bawah kategori kedua

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mempertimbangkan setiap permohonan kemudahan i-Sinar di bawah kategori kedua, kata Ketua Pegawainya Tunku Alizakri Raja Muhammad...