“Kami mahu Azmin kekal pimpin pembangkang Selangor” – 21 ADUN PN

KUALA LUMPUR – Seramai 21 ADUN Perikatan Nasional (PN) di Selangor menyatakan sokongan terhadap Datuk Seri Azmin supaya kekal sebagai Ketua Pembangkang negeri ini.

Sokongan tersebut dinyatakan 21 daripada 22 ADUN apabila mereka dikatakan diminta menamakan seorang Ketua Pembangkang baharu jika ADUN Hulu Klang itu benar-benar meletakkan jawatannya.

ADUN Permatang, Nurul Syazwani Noh berkata, semua ADUN teguh menyokong Setiausaha Agung Bersatu itu supaya kekal memimpin PN di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Ketua Penerangan Srikandi Bersatu itu menegaskan, Azmin akan terus memainkan peranan penting sebagai suara semak dan imbang demi kepentingan rakyat negeri ini.

“Saya ingin menegaskan, perkara itu hanya desas-desus yang tidak berasas dan tidak mempunyai sebarang pengesahan rasmi,” lapor Utusan pada Jumaat.

Jelasnya, pertukaran Ketua Pembangkang hanya berlaku apabila perkara itu dinyatakan oleh kepemimpinan PN dan diterima oleh Speaker sebagaimana ketetapan dan amalan di dalam DUN.

Malam tadi, akhbar ini melaporkan Azmin yang juga bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri mendakwa beliau berhasrat meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang Selangor.

Bagaimanapun, beliau menafikan perkara tersebut dan mendakwa perkara itu tidak benar, sebaliknya teguh bersama 21 ADUN PN yang lain demi kepentingan rakyat di negeri ini.

Sementara itu ADUN Sementa, Noor Najhan Mohamad Salleh dari Pas ketika dihubungi turut mengesahkan perkara itu sebagai suatu desas-desus dan tidak menimbulkan sebarang isu dalam kalangan wakil rakyat PN di Selangor.

“Kami memang menyokong kerana pada kami tiada isu pun. Cuma pendirian ADUN Pas pula adalah bertenang sehingga ia dikeluarkan sendiri (kenyataan rasmi) daripada Azmin sendiri.

“Kami pun tidak mendengar daripada beliau sendiri. Kami memang menyokong (Azmin),” ujarnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat