Mereka yang jahil dan kafir tak boleh tafsir al-Quran sewenang-wenangnya – Hadi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Al-Quran ialah mukjizat ilmu dari segi lafaz bahasanya sehinggalah isi kandungannya maka, al-Quran tidak boleh ditafsirkan sewenang-wenangnya.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, pentafsiran al-Quran mestilah menepati bahasa Arab yang betul dan fasih, melalui ilmu bahasa Arab dalam segala cabangnya iaitu nahu, saraf, balaghah dan adab ‘Arabi (sastera Arab).

Jelas beliau,di samping semua ilmu berkenaan al-Quran (Usul al-Tafsir) yang berkait dengan Asbab al-Nuzul (sebab turunnya ayat) dan Qiraat (bacaan) yang diriwayatkan dengan sahih serta situasi masyarakat yang umum dan berbeza, Nasikh dan Mansukh, ilmu Usul al-Fiqh, dan lain-lain.

“Ada ayat-ayat al-Quran yang ditafsirkan oleh al-Quran sendiri, ditafsirkan oleh hadis Rasulullah SAW yang menerima wahyu, serta ditafsirkan oleh para ulama sahabat RA sebagai generasi awal yang menyaksikan sebab turun ayat dan pelaksanaannya oleh Rasulullah SAW yang menjadi teladan. Bahkan, juga ditafsirkan oleh ulama berikutnya yang mendalami ilmu al-Quran dan bahasanya.

“Para ulama tidak habis menggali ilmu daripada al-Quran yang menjadi petunjuk sepanjang zaman, sehingga merasa lemah kerana keluasan ilmunya laksana lautan yang tidak bertepi.

“Al-Quran merangkumi kesempurnaannya kepada seluruh manusia pada sepanjang zaman serta di setiap tempat dalam semua situasi dan realiti, kerana datangnya daripada ilmu Allah pencipta alam,” katanya dalam catatan Minda Presiden PAS pada Selasa.

Maka, mereka yang jahil dan kafir tanpa ilmu alatnya tidak mampu memahami dengan betul, tegas Hadi.

Tambah beliau, para ulama tidak habis menggali ilmu daripada al-Quran yang menjadi petunjuk sepanjang zaman, sehingga merasa lemah kerana keluasan ilmunya laksana lautan yang tidak bertepi.

“Al-Quran merangkumi kesempurnaannya kepada seluruh manusia pada sepanjang zaman serta di setiap tempat dalam semua situasi dan realiti, kerana datangnya daripada Ilmu Allah Pencipta alam. Maka, mereka yang jahil dan kafir tanpa ilmu alatnya tidak mampu memahami dengan betul.

“Di sana, terdapat para orientalis yang mengkaji al-Quran mengikut disiplin ilmunya dan ramai yang memeluk Islam. Di sana juga, ada yang mencuba untuk menjadikan tujuannya bagi menentang Islam dengan menimbulkan kekeliruan kerana salah fahamnya dan ada yang sengaja mencetuskan keraguan, namun semuanya dapat dikalahkan dengan hujah yang benar oleh para ulama yang berwibawa,” ujar beliau.

Hadi menyatakan, walaupun al-Quran dibakar hangus serta para ulama dan penganutnya dipenjarakan, dibuang negeri, malah ada yang dibunuh, al-Quran tetap tidak boleh dihapuskan. Hal ini demikian kerana, al-Quran dan ilmunya dipelihara bukan sahaja dalam tulisan, bahkan menjadi hafazan dalam hati sehingga boleh dinyatakan semula.

Jelas Hadi lagi, kini kita sedang menyaksikan kebangkitan semula umat Islam di negara bekas komunis yang telah mengharamkan agama khususnya Islam.

“Di negara Barat yang ekstrem membakar al-Quran, tiba-tiba terdapat dalam kalangan mereka yang mencari al-Quran untuk dikaji secara jujur dan ikhlas kerana ingin mencari kebenaran.

“Termasuk mereka yang berpura-pura baik terhadap Islam yang menyimpan dalam hati mereka sifat permusuhan yang jahat dan sangat zalim,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat