Kemenangan PAS di Parlimen Kemaman dibatal mahkamah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Mahkamah Pilihan Raya hari ini membatalkan kemenangan calon Perikatan Nasional (PN), Che Alias Hamid di kerusi Parlimen Kemaman.

Ini susulan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Anselm Charles Fernandis yang membenarkan petisyen pilihan raya oleh calon Barisan Nasional (BN) Wan Mohamad Hisham Wan Abdul Jalil.

Peguam Che Alias, Yusfarizal Yussof mengesahkan bahawa mahkamah pilihan raya membenarkan petisyen Wan Mohamad Hisham, lapor portal Malaysiakini.

Sebelum ini pada 13 Februari lalu, Mahkamah Pilihan Raya menolak petisyen itu apabila membenarkan bantahan awal oleh Che Alias berhubung petisyen yang dikatakan mengandungi fakta cacat dan tidak sah bagi menyokong dakwaan rasuah semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Bagaimanapun pada 2 Mei lalu, Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan Wan Mohamad Hisham untuk mengembalikan semula petisyen berkenaan menjalani perbicaraan penuh.

Sebelum ini munculnya dakwaan terdapat unsur-unsur rasuah semasa kempen pilihan raya yang menjejaskan keputusan pilihan raya.

Hal demikian Wan Mohamad Hisham memfailkan petisyen pilihan raya terhadap Che Alias mendakwa Ahli Parlimen itu atau ejennya telah melakukan rasuah.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat