Umno, BN bukan musuh utama PAS, tak senada dengan PN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – PAS nampaknya tidak senada dengan Perikatan Nasional (PN) yang mengisytiharkan Barisan Nasional (BN) sebagai musuh utama dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Parti Islam itu sebaliknya istiqamah meletakkan Pakatan Harapan (PH) musuh utama mereka dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin menegaskan, PAS kekal dengan pendirian bahawa PH musuh utama dalam PRU-15, bukan Umno atau BN.

“Hentikan sebarang serangan yang boleh memecahkan usaha penyatuan ummah ini.

“Berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan yang boleh memecahkan penyatuan ummah,” katanya.

Hashim malah menyeru supaya Bersatu dan Umno perlu melupakan perselisihan dan menyelamatkan hubungan demi matlamat yang lebih besar.

“PAS kekal dengan usaha penyatuaan ummah, lawan PH dalam PRU-15.

“Lupakan sengketa lama, Bersatu dan Umno mesti bersama penyatuan ummah,” seru Mursyidul Am PAS itu lagi.

Sabtu lalu, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan kepada penyokong serta pimpinan parti itu bahawa musuh utama PN pada PRU-15 nanti ialah BN.

Beliau berkata, ketetapan itu telah dibuat dalam parti-parti PN.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat