Solskjaer Nafi Ronaldo Kecewa Fernandes Ambil Sepakan Penalti

- Advertisement -

LONDON – Ole Gunnar Solskjaer mempertahankan keputusannya membiarkan Bruno Fernandes dan bukan Cristiano Ronaldo yang mengambil sepakan penalti pada masa kecederaan ketika Manchester United tewas 1-0 di tangan Aston Villa, semalam.

Fernandes mensia-siakan peluang untuk sekurang-kurangnya menyelamatkan satu mata buat United, yang kini kalah tiga dari empat perlawanan terakhir mereka.

Ronaldo juga berada di kawasan penalti ketika pengadil Mike Dean memberikan sepakan penalti, namun Fernandes mengambil tanggungjawab itu.

Sepakannya bagaimanapun tinggi melepasi palang, sekali gus gagal menyempurnakan penalti untuk United buat kali kedua dalam 23 percubaan.

“Itulah bola sepak,” kata Solskjaer.

“Dia akan melangkah ke depan setiap hari untuk kelab dan pasukan yang mana kadang-kadang ia tidak berlaku seperti yang diinginkan. Ini adalah garis halus antara syurga dan neraka.”

Bercakap selepas wisel penamat, Solskjaer menepis tanggapan bahawa Ronaldo kelihatan tidak gembira dengan keputusan menyerahkan bola kepada Fernandes untuk melakukan sepakan penalti.

“Ini akan menjadi tajuk utama,” kata Solskjaer.

“Bruno sangat cemerlang dan Cristiano mungkin pemain yang menyempurnakan penalti terbanyak dalam bola sepak dunia.

“Ia hanya terlepas peluang untuk mendapatkan mata. Anda akan membuat semua andaian ini mengenai reaksi pemain. Bruno adalah pengambil penalti yang bagus dan anda akan menyokong dengan kebolehannya.”

Selepas kekalahan berturut-turut, Solskjaer berharap pasukannya akan kembali ke landasan kemenangan apabila menerima kunjungan Villarreal di Old Trafford, Khamis ini.

United mencari kemenangan pertama mereka di Liga Juara-Juara selepas tewas dalam aksi pembukaan kumpulan di tangan Young Boys, namun pengendali dari Norway itu berdepan masalah kecergasan membabitkan Luke Shaw dan Harry Maguire yang mana kedua-duanya mengalami kecederaan ketika menentang Villa.

“Maaf, saya tidak dapat memberikan perkembangan terkini. Kami harus melakukan imbasan pada Ahad atau Isnin,” kata Solskjaer. – Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat